29 May 2015

Radarkan Niatmu Lillah!

Bismillah.



Dalam Surah Al-Ankabut, ayat ke-69.


Kita beramal hari ini, bukan kerana sekadar ingin mengumpul amal. Sebab amal kita ini tidak akan pernah cukup pun untuk menjadi timbangan ke syurga kelak.

"Akhirnya, apa yang kita harapkan hanyalah redha-Nya. Cinta-Nya."

"Kita berada di sini hari ini kerana kita penagih cinta Allah. Kita berharap dengan usaha kita ini, Allah menerima kita sebagai kekasih-Nya, membenarkan kita melihat kebesaran wajah-Nya, dan sudi meletakkan kita sebagai penghuni syurga-Nya".

Amin...

12 April 2014

.Fakulti Ulum Islamiah --> Jom Ke al-Azhar :)

Bismillah.
Satu dua tiga aucakk. hehe assalamualaikum adik-adik ??

In shaa Allah kalini akak (cewah) akan citerkan something yang akak rasa menarik untuk disharekan skrg ni. Topik perbualan hangat yang menjadi tarikan adik-adik lepasan SPM mahupun STAM iaitu berkisar ttg UNIVERSITI AL-AZHAR, MESIR !! Spesifiknya lagi akak nak share sket ttg kos yang akak sdg amek skrg. Ok bolehlah  kalau adik-adik nak sediakan air kopi 2 cawan dan biskut 1 tin sblm duduk baca apa yang akak nak tulis ni hee :)

al-Azhar. Subhanallah, sape yang x kenal kan sebuah universiti yang menjadi sebutan dan idaman raaaamaiii orang. Setakat ni, pelajar Malaysialah (student asing) yang paling mendominasi al-Azhar. Ramainya kita kat sini dah boleh buat kampung tau hehe. Siyes tak rasa pun macam duduk negara orang. Homesick? err mula2 je. Tapi itu biasa. "Tak biasa tak bererti kau tak bisa." cewah :)

Akak ni belajar kos apa kat Mesir? 

Nah, mempersembahkan......


Fakulti Ulum Islamiah/Faculty of Islamic Sciences :)

Oh ya, akak datang sini guna agen IM (Islamic Medic). Sangat tertarik dgn agen ni. Bayaran yang dikenakan jugak berbaloi-baloii :) Antara istimewanya IM ni, sewa rumah untuk beberapa bulan, IM yang akan tolong bayarkan (termasuk dalam kos), kelengkapan rumah juga akan disediakan. Yuran pun pengurus yang tolong bayarkan. Macam akak skrg ni, dah dua tahun yuran diuruskan oleh IM sendiri. Kita just tinggal amek resit kat pejabat je. Berbanding agen lain, hanya tahun 1 sahaja yang mereka uruskan. Senang kalau agen yang uruskan, kita tinggal goyang kaki je hehe. Sbbnya urusan bayar-bayar yuran ni adalah antara benda yang paling pelajar Malaysia x suka sbb urusan dia agak melecehkan dan memerlukan mujahadah yang bukan sedikit. Naik turun pejabat yang bukannya dekat agak meremehkan. Hee, Wallahu a'lam. Banyak lagi kalau nak citer kat sini. Masing2 ada pro n cons dia. :)

Kos Ulum Islamiah ni, sekarang dah batch yang ke-6. Dan untuk next kemasukan ni adalah batch yang ke-7. Jika adik-adik mendaftar, adik-adiklah batch yang ke-7 itu. :)))

Ulum Islamiah ni belajar ape eirk kak??
Ulum Islamiah ni adalah satu-satunya kos yang diterapkan segala cabang ilmu Islam merangkumi bahasa arab, syariah, ekonomi Islam, peradaban arab, feqah, hadith, tafsir dan macam2 lagi lah. Jika kos syariah, kita hanya belajar syariah dan ilmu-ilmu yang berkaitan dengannya saje. Jika kos bahasa arab, hoho tentu saje kita hanya belajar ilmu-ilmu tentang bahasa arab saje.Tapi disebabkan kos Ulum Islamiah ni berbeza dengan yang lain, di sini kita akan belajar macam-macam ilmu dan semuanya dalam bahasa arab. Wah bestnye !! Dan dan dan bahasa arab yang digunakan jugak hanyalah bahasa arab rasmi (fusha) sahaja, bukan bahasa arab pasar seperti yang kos-kos lain belajar. Lecture pun mudah faham sebab doktor (lecturer) akan terang satu-satu dan kalau kita masih tak faham-faham juga, suruh je doktor ulang banyak kali, dengan senang hati dokor akan ulang sampai faham. Subhanallah best sangat :)

Tempoh pengajian kos ni hanya 5 tahun. Mereka yang berjaya tamat belajar di sini akan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Ulum Islamiah dan Bahasa Arab/Bachelor of Islamic Sciences and Arabic. Yurannya pula sebanyak 1000 USD setahun. Agak mahal berbanding kos lain sebab Ulum Islamiah adalah satu-satunya kos yang ada perjanjian antara negara kita dengan Mesir sendiri.


In shaa Allah, kami sangat mengalu-alukan kedatangan antum semuaaaa :)

Jom Ke al-Azhar !! :)

Syarat kemasukannya: Lulus sijil SPM melepasi keputusan minima yang disyaratkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dan universiti - universiti di Mesir iaitu :-
  • Bahasa Melayu - B atau B4
  • Sejarah - B atau B4
  • Bahasa Arab Tinggi - B atau B4
  • Pendidikan Al-Quran&Al-Sunnah - B atau B4
  • Syariah Islamiah - B atau B4

Satu tahun ada 2 sem.
Hafazan pulak subhanallah satu sem = 1 juzuk. Bermakna 1 tahun akan ada 2 juzuk sahaja dan kita akan start dengan juzuk satu.

Siyes merindukan kedatangan adik-adik baru lagi. Kat Mesir banyak tempat besttt. Maqam-maqam ulama' juga banyak kat Mesir ni. Mudah jugak dapat transport ke kuliah sbb kenderaan awam menjadi keutamaan warga Arab amnya dan kita khususnya hehe. (yelah kita xde transport sendiri kan melainkan beli atau sewa).

In shaa Allah kalau rasa berminat dan nak sembang lebih lagi ttg kos hidup kat sini dsb, dengan senang hati, boleh pm akak atau contact nombor akak di whatsapp akak (Sakinah : +201117034021)

CEPAT ADIK-ADIK! JANGAN TUNGGU LAMA-LAMA TAU.
TARIKH TUTUP PROMOSI PADA 15 MEI 2014 INI !!
TARIKH MAKIN MENGHAMPIRI.

JOM KE AL-AZHAR. JOM JOM JOMMM.
MENJADI ULAMA' YANG UP TO THE STANDARD.
Moga Allah Bertambah Cinta.
Assalamualaikum :)


UPDATE : TARIKH TUTUP ADALAH PADA 31 OGOS 2014 :)
Realisasikan Impian Anda Dengan Daftar Segera !

08 March 2014

.Cubitan Sayang Dari Dia


Bismillah.

Pernah tak dalam satu dua detik, kita luangkan masa sebentar untuk cuba duduk, merenungi ciptaan Dia? Sebentar je. Dalam masa yang sama, kita mengira-ngira nikmat yang telah Dia berikan kepada kita walaupun pada hakikatnya kita tahu nikmat Dia itu tidak terhitung kerana banyaknya? Pernah tak?


Apa yang kita rasa saat itu? 



Subhanallah tenangkan? :) 

Heart rate pada masa itu sangat sangat tenang. 120 over 80 (120/80). Degupannya sangat sangat menenangkan. Degupannya berdegup dengan penuh cinta pada Allah. Penuh rindu. Sangat sangat mendamaikan hati. Benarlah, di saat tiada ketenangan lain selain dari mengingati Dia, di saat itulah hati ini merasa sangat tenang. Setenang air di lautan. Sangat mengasyikkan. Asyik dengan cinta Dia. Subhanallah.

Ukhti,
Indah kan ketenangan itu bila segala masalah yang kita hadapi, kita pulangkan pada Dia? Segala rasa rindu kita, segala rasa cinta kita, segala rasa sedih kita, segala rasa gembira kita, kita pulangkan pada Dia. Hanya pada Dia. Dialah tempat kita mengadu. :')

Maka, tenanglah hati itu andai Dialah yang dikau cari.
Ujian yang datang cuma bertamu sebentar. Dia juga makhluk Allah. Dan tidak akan sesekali berlama-lama kerna dia cuma tetamu.

Cabaran dan dugaan yang datang itu hanyalah CUBITAN SAYANG dari Dia untuk kita. Cuba kita fikirkan, kalau orang yang kita sayang cubit kita, apa kita rasa? Contohnya cubitan dari seorang isteri, suami atau sahabat yang cukup kita sayang. Pasti kita akan rasa gembira dengan cara gurauan yang dihulurkan. Mungkin kita tidak akan marah. Tapi jika cubitan itu datang dari orang yang kita benci, apa yang kita rasa? Sudah pasti kita marah dan sangat marah jika cubitan itu menyakitkan. Mahu tahu kenapa? Sebab kita benci dengan orang yang menghulurkan cubitan itu. 

Begitu jugalah dengan cubitan sayang dari Allah, ukhti. Jika kita sayangkan Dia, kita tak akan marah dengan dugaan yang disediakan untuk kita, bahkan kita akan merasa lebih dekat dengan Dia dan jika kita marah dengan cubitan yang dihulurkan Allah, siapa sebenarnya Dia dihati kita? :'(
  
Allah, Dia sentiasa bersama kita. Tidak pernah meninggalkan kita walau sesaat. Semakin kita dekat dengan Dia, semakin dekat Dia dengan kita. Tetapi kenapa terkadang kita tetap merasa lemah jika diuji? Merasa pedih ketika disakiti? Kerna kita juga manusia, ukhti. Pasti punya semua rasa. Tetapi mulianya kita sebagai seorang Islam ialah kita punya Dia. Kita masih punya harapan kerana sumber kekuatan, kita masih miliki. Dialah, Allah Subhanahu wa Ta’ala. Dialah sumber kekuatan kita.

Ukhti, semoga dikau terus berbahagia dengan cubitan sayang dari Dia. Kau beruntung ukhti, sebab kau masih punya Dia. Senyum sket ye :) Ha, kan comel gitu ;) Hehe, doakan aku juga di sini :)

Selamat Menjaga Hati.
Selamat Meraih cintaNya.

YE ! KITA PUNYA ALLAH !
YOSH ! BERBUAT LILLAH !


"Maha Suci Allah yang menguasai (segala) kerajaan dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu. Yang menciptakan mati dan hidup untuk menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Mahaperkasa, Maha Pengampun."
[Surah Al-Mulk; 67:1-2]

Wallahu A'lam Bissowab.

.....................................................
Mengharapkan Redha DariNya,
Nurul Sakinah binti Ahmad Hakimi,
1325 ; 08032014,
el-Azhar, Kaherah, Mesir.

24 November 2013

.Sekeping Hati Secebis Iman Buat Ukhtiku


Bismillah..
Salam Ahli Syurga buat si ukhti pendamba syurga,
Assalamualaikum WBT.

Akhawati fillah,
Apa khabar dirimu hari ini ? 
Didoakan semoga saje dalam kesihatan yang terbaik,
In shaa Allah,
Ukhti,
bagaimana pula dengan khabar imanmu?
Sihat-sihat jugakah ?
Semoga hari ini ia lebih sihat dan bertambah sihat dengan redha dariNya,
Amin in shaa Allah :)

Ukhti,
Firman Allah dalam KitabNya yang agung:

أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
mafhumnya:
“Hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenang.” [QS 13:28]
صدق الله العظيم

Hanya dengan mengingati Allah, hatikan menjadi tenang,
Apa itu hati yang tenang ukhti ?
Apakah hati itu menjadi tenang bila ia dalam ketaatan ?
Atau hati itu menjadi tenang bila ia dalam kemaksiatan ?
Dua jalan ini sudah terbentang di kiri dan di kanan kita,
Tinggal kita memilih dan seterusnya mengatur langkah,
Sungguh,
Beruntunglah mereka yang menyucikan jiwa,
Merugilah mereka yang mengotorinya [QS 91:8-10]

Ukhti yang disayangi keranaNya in shaa Allah,
Hati yang tenang itu adalah hati yang memiliki keinsafan sejati,
Dan hati ini sedar tidak ada jalan pulang ke syurgaNya melainkan dengan rahmat dan kasih sayang dariNya.


Ukhti,
Hati tempat jatuhnya pandangan Allah,
Bila mana hati-hati yang ikhlas,
Hati-hati yang mengaharapkan cintaNya,
Hati-hati yang mengharapkan redhaNya,
Hati-hati yang mengharapkan syurgaNya,
Berkumpul dan diikat dengan satu ikatan yang kukuh,
Datanglah ranjau berduri ukhti,
Datanglah onak berliku,
Hatta tentangan sekalipun,
Hati-hati ini akan terus berpaut,
Terus bertahan,
Terus kuat,
Tidak pernah lelah,
Demi cinta, lautan api sanggup direnangi,
Kerna asasnya itu sendiri terbina dari sebuah asas yang kukuh,
Itulah I  M  A  N.

In shaa Allah,
Hati-hati ini ukhti,
Akan bersama-sama berpimpin tangan menuju masuk ke dalam syurgaNya,
Semoga hati-hati seperti inilah yang sedang kita miliki saat ini,
Berbuat keranaNya,
Teguh keranaNya,
Lelah juga keranaNya,
In shaa Allah.

Ukhtikunna fillah,
Ketahuilah ukhti,
Aku menyayangi kalian keranaNya in shaa Allah,
Semakin aku rasa betapa dalamnya rasa sayang ini pada kalian,
Semakin aku rasa betapa dalamnya rasa cinta ini pada kalian,
Semakin itulah hatiku membuak-buak ingin menarik kalian bersama-sama denganku,
Bersama-sama Kita menuju masuk ke dalam syurgaNya in shaa Allah.

Akhawati fillah,
Suka aku ingatkan kalian dan diriku sekali lagi,
Bila mana ukhti, dalam suka ria kita saat ini,
Akan ada suatu saat ukhuwwah kita pasti teruji,
Ukhuwwah yang dibina mula dirasakan serba tidak kena,
Mula dirasakan bermasalah, mula dirasakan bermusykilah,
Tapi sekali lagi wahai ukhti yang mengharapkan redha dariNya,
Bila mana ukhuwwah itu sedang bermasalah,
Bukan ukhuwwah itu yang bermasalah ukhti,
Iman kita yang sebenarnya bermasalah ukhti,
“Apakah kamu dikatakan beriman sedang kamu tidak diuji?” [QS 29:2]
Jelas persoalan dari Tuhan kita,
Membuatkan kita terduduk sebentar,
Kembali meneutralkan fikiran,
Mencari punca dan solusinya,
Orang yang beriman pasti diuji !

Ukhti,
Jangan kau lemah,
Allah beri ujian tanda Dia sedang memerhati,
Tanda Dia sedang peduli,
Tidak membenarkan kita terus alpa dengan dunia yang juga ciptaanNya,
Carilah di segenap ruang dan peluang untuk kita lebih menghargai diri sendiri,
Oasis iman kita,
Muhasabah diri kita,
Sudahkah diri memberi yang terbaik sehingga pulangannya juga terbaik ?
Tepuk dada tanya imanmu.

Ukhti, benar katamu,
Hati itu tidak mudah dijaga,
Walaupun sudah mencuba tapi pasti ada yang terasa,
Jika kesilapan semalam belum terampun moga diharap maafkanlah,
Jika kesilapan hari ini menyakitkan dengan harapan moga lupakanlah,
Jika kesilapan esok mendatang janganlah dibawa sampai ke akhirat.

Ya Allah,
Hamba insan yang lemah lagi dho’if,
Tika aku menyakiti hati hamba-hambaMu,
Berikan aku kekuatan memohon ampun kepada mereka,
Tetapi tika mereka menyakitiku,
Berikanlah aku kekuatan untuk mengampunkan mereka pula,

Terima taubatku Ya Allah,
Terima taubatku,
Sungguh Kau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Akhawati fillah,
Sungguh mehnah ujian ini benar-benar membuat kita tersedar dari lamunan yang panjang,
Sungguh mengetuk pintu hati yang mungkin sudah mula alpa dengan dunia dan isinya,
Membawa kita kembali pulang kepadaNya [QS 7:168]
Alhamdulillah,
Sebuah nikmat tarbiah yang bukan semua insan dapat kecapinya ukhti,
Sungguh beruntunglah buat mereka yang diuji,
Sungguh beruntung,
Alhamdulillah.

Ukhti yang disayangi kerana Allah,
Di antara suatu kebaikan dengan suatu kebaikan yang lain,
Ada suatu  jalan yang sangat panjang berliku-liku,
Ada suatu jalan yang sangat lelah untuk ditempuh,
Ada suatu jalan yang sudah ramai terkandas ketika melaluinya,
Jalan itu, tidak dapat tidak kita perlu tempuhi juga,
Tanda cinta Dia kepada kita,
Menghalang kita terus lalai dan alpa dengan dunia,
Maka diberiNya kita jalan itu,
Itulah jalan U J I A N ukhti,
Jalan ini diisi dengan ganjaran pahala buat mereka yang bersabar,
Hanya mereka yang bersabar dan yang terus bersabar diberi ganjaran pahala olehNya [QS 3:200]

Dari itu ukhti, Segala Puji Bagi Allah,
Tuhan Pentadbir sekalian alam,
Atas segala nikmat dan kurniaanNya,
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah. :)

Ayuh ukhti !
Jangan cuma ujian sekecil cuma,
Kau biar hatimu terus layu,
Kau terus lemah dan melemah,
Bangkit ukhtiku sayang !
Selagi diri masih bertenaga,
Ayuh kita berbakti buat ummah,
Ayuh kita mumtazat buat ummah,
Saling menggapai redhaNya,
Saling meraih syurgaNya,
In shaa Allah.

Ukhti,
Terima kasih atas ukhuwwah ini,
Terima kasih kerna sudi menerimaku,
Bila berbuat keranaNya, maka teguhlah juga keranaNya,
Yang pasti, semua akan indah pada akhirnya, senyumlah :) [QS 43:67]

wallahu a'lam..


.....................................................
Mengharapkan redha dariNya,
Nurul Sakinah binti Ahmad Hakimi,
0215 ; 24112013,
el-Azhar, Kaherah, Mesir.



17 August 2013

.topik perbualan hangat di aidilfitri

assalamualaikum

bismillah..bertemu lagi di wadah ini setelah 2 bulan lamanya menyepi..selama dua bulan ini, FB merupakan wadah utama saya lebih-lebih lagi semenjak senario rampasan kuasa oleh pihak tentera Mesir yang sangat zalim dan jijik..berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul..hendak harapkan media-media di TV, anda tahu jawapannya..

seperti yang semua sedia maklum, bumi MESIR kini sedang bergolak dan dibasahi dengan darah-darah para syuhada'..Allahu Rabbi..hanya titipan doa saje yang menjadi senjata utuh kita sekarang..tembak dengan doa..

tembak--------------------------->>>>> doa! doa! doa!
tembak--------------------------->>>>> doa! doa! doa!
tembak--------------------------->>>>> doa! doa! doa!

Aidil Fitri ini (taqabbalallahu minni wa minkum), memang saya sudah jangkakan, isu Mesir akan menjadi topik perbualan hangat antara saya dan saudara mara..ya, RISAU, BIMBANG, KHAWATIR memang jelas terpancar di air muka mereka, terutamanya di wajah ibunda tercinta..berkali-kali mak mengulang-ulang ayat ini supaya anaknya ini mengerti akan kerisauannya, katanya: "nasib baiklah ayong ada kat sini, kalau xde depan mata mak ni, memang x senang duduk mak dibuatnya." 

saat soalan "belajar sini jelah..?" dilontarkan dari mulut seorang ibu, ohh hati sangat berbelah bahagi..
"jangan risau mak, selagi patuh arahan, kullu kheir in shaa Allah." x banyak sikit, hatinya lega mendengar kata-kataku, tapi saya tahu jauh di lubuk hatinya dia sangat berharap saya akan jawab "baik mak"..tapi mak ngan abah sangat memahami kehendak anak sulung mereka ini..Moga Allah Redha mak dan abah..berat benar hati ni nak meninggalkan Bumi Barakah Mesir..

ada sesuatu di sana yang membuatkan saya sangat23x berat hati nak meninggalkannya..sesuatu yang sangat berharga yang hanya boleh dihargai oleh mereka yang pandai menghargai..takkan mudah menyerah!  [12:87] permudahkan segalanya Ya Allah..rinduuu~

mungkin sudah tiba masanya, benda-benda lagha (sia-sia) yang dah bersarang tarantula dalam lappy kita atau di mana-mana saje tempat kita simpan dia, dihapuskan serta merta (sepantas mata berkelip mungkin)..sudah tiba masanya kita gencarkan dakwah kita..sudah tiba masanya kita 'shoot' doa yang bertubi2 dengan penuh ikhlas dan tawadhu' untuk saudara-saudara kita yang tertindas di sana..seolah-olah nyawa mereka itu tiada nilainya..huhh..


boleh jadi kerana kita masih lalai leka, kemenangan lambat sekali nak munculkan dirinya..sungguh orang-orang yang beriman itu umpama satu jasad, cukuplah satu anggota sakit, seluruh badannya juga akan merasai sakit ..

tingkatkan amal, kurangkan kontroversi (dgn post cintan cintun bagai), berdiri di atas bakat sendiri !


~آللهم احفظ مصر وأهلها وجميع بلاد المسلمين~


p/s: gambar adalah doa qunut nazilah..doa yang dipanjatkan Rasulullah -saw- ketika ditimpa bala..ayuh mujahidin angkat tanganmu..as Muslim, we share the same pain even it's not happening here..Moga Allah Terima Doa Kita..Moga Allah Redha..amin~





di bawah adalah gambar-gambar ketika sambut puasa di Perak..time raya, kami balik KL singgah rumah sehari n straight beraya kat Selangor, kampung mak..:)


Kg. Perak








atuk :)

pokok kelapa comel sebelah rumah, comel sebab rendah :P

with pakcik, mak n adiks

dia pun nak buat jugak , lagi cantiqq dpd saya punya ! 



salam aidilfitri
تقبل الله مني ومنكم

saya tinggalkan anda dengan kata-kata di bawah, Salam Perjuangan Sahabat :)

"krisis yang berlaku di Mesir perlu diteliti dengan penuh berhati-hati. Dunia Barat sebenarnya sedang cuba untuk mengheret kelompok Islam dan pendokong Demokrasi di Mesir ke kancah perang saudara. Walaubagaimanapun, tindakan rakyat Mesir yang berhimpun secara aman di Dataran Mustafa Mahmoud, Ramsis setelah perjuangan mereka di Dataran Rab'ah dan Nahdhah dibalas dengan tindakan ganas tentera sebenarnya suatu permulaan kepada kejayaan.

Apa yang pasti, Abdol Fatah Sisi perlu digulingkan dan Dr Morsy perlu dikembalikan haknya sebagai Presiden Mesir yang masih sah menurut perlembagaan Mesir. Tetapi bukan dengan cara mengangkat senjata." [Ahmad Ulwan Hassim]


kita ada 'senjata' jadi manfaatkan ia..
teruskan 'shoot' doa-doa buat saudara seaqidah kita yang sedang tertindas di sana (apa saje doa, salah satunya ialah Doa Qunut Nazilah seperti dalam gambar di atas)
الدعاء سلاح المؤمن (doa itu senjata org beriman)
Moga Allah Terima Doa Kita
ma'as salamah..8 )