assalamualaikum..
berpisah jasad x bererti hati kita
juga terpisah..
doa dan salam sering saja
berutusan..
skype, viber, fb, blog, twitter
wadah perutusan..
sangat rugi jika x dimanfaatkan..
walaupun kekadang tersekat sana
tersekat sini (line)..
dugaan buat insan terhebat..
inilah kisah antara dua benua..
benua asia dan benua afrika..
………………………………………………..
tettt tettt tettttttttttttttt..wkwkwkwkwk..dah
macam nak buat novel lah pulok..hehe..bukan2..^^
entry kalini just nak share
something..
dulu, saya sangat berkeras untuk TIDAK
dan TAKNAK masuk asrama..
bagi saya asrama ni macam
penjara..ceh, alasan semata2..(x betul pun padahal takut @#$% ) ^^
bukan apa, ha xpe2, saya bagi alasan yang lebih kukuh sikit..hee.
satu, belajar senang (xde gangguan
kawan2)..perghh, confident je dia tulis..hmm, nampak macam kejam kan..ya,
memang kejam sebab memang tahu pun kalau ada kawan kat sebelah, x boleh fokus
(belajar fully) punya..memanglah, ada je kawan yang memang suka belajar tapi at
the end of the minute, akan sembang punyalah..huhh, kang x layan sakit hatilah
hapelah..kalau dah focus study tu, org lain langsung x kan dilayan..itulah
saya..so, better duk rumah..^^
dua, sebab dapat dekat ngan mak
abahhhh..wuuuuu anak first ni pun manja gak rupanya..assalamualaikum, nak citer
ni, hehe..adalah kajian mana ntah mengatakan "anak sulung lebih manja dpd anak
bongsu" tau (tolonglah baca dgn nada yang sama dlm iklan "otak burung unta
lbh kecik dpd matanya")..peaceee..betul23..saya sokong kajian ni..^^
tiga, sebab kebanyakan (ke-ba-nya-kan),
x kata semua, yang duk asrama ni akan hilang fokus kat dalam kelas..mudah rasa
ngantuk dan akhirnya otak x boleh terima ilmu baru..bila ditanya, ada yang kata
sembang sampai tgh malam, tgk movie ngan roommate, dan etc etc..aduh, diri ini
memang x tahan dgn godaan..lebih baik "mencegah" dpd
"merawat"..tetibe~~
empat, sebab tengok muka mak abah
ni dapat pahala.. ruginyaaa golongan yang xnak manfaatkan peluang ni..bila
tengok keringat mereka, usaha mereka untuk mencari rezeki yang halal demi membesarkan
kami adik-beradik, makin bersemangat dibuatnya..semangat apa..? semangat untuk
bawa pulang kejayaan..!! semangat apa..? semangat untuk bawa pulang
kejayaan..!! haish, ingat senang ke nak cari duit demi sesuap nasi..(ayat drama
kat tv)..susah, dah pernah try..penatnyaaaa..tahan 2 minggu je..=.=
sahabat2, jangan pernah lupa ya, ingat
ni..ingat ni..ada 4 perkara bila dipandang akan mendapat ganjaran dpd
Allah..siapa dia..?
1. wajah ibu
bapa
2. Al-quran
3. Lautan
4. Ka'abah
daripada Aisyah
bahawa Rasulullah -saw-bersabda: "melihat pada tiga perkara adalah
ibadah..melihat wajah ibu bapa, melihat al-Quran dan melihat lautan."
[Riwayat Abu Nuaim] dan ditambah dengan "melihat ka'abah." [Riwayat
Abu Daud]
mudahnya Allah memberikan ganjaran pahala kepada
makhluknya..tapi x semudah yang kita fikirkan sebenarnya..
~ cube check gambar apa yang di paparkan di meja
study? masuk bilik terus nampak..?
~ cube check
gambar apa yang di simpan dalam purse? bukak je terus terpampang..?
~ cube check
gambar apa yang di buat wallpaper handfon dan laptop? tengok je,terus senyum..?
muhasabah
jap..^^
----------------------------------------------------------------------------------------------------------
ini semua citer dulu..cerita
ketika saya di benua asia..
tapi kini, saya di benua afrika..
saya perlu berpijak di bumi
realiti..!!
mana perginya alasan2 dulu yang
kononnya x nak berjauhan dgn ibu bapa dan bla bla..?
nak x nak, saya kena pandai kawal
emosi, pandai jaga itu, pandai jaga ini..
bila dah duduk berjauhan ni,
kadang-kala (eceh! kadang kala lah sangat! selalu kot ^^), terbit juga rasa
malas di hati..malas nak study..ya Allah ya Allah..jauhkanlah aku dpd sifat
malas ni ya Allah..nape jadi macam ni..? huaaaaaaaa..
kena baca doa ni banyak2..moga
Allah hindarkan sifat malas..
mungkin bila
berjauhan, hati saling merindui..sampai akal dan otak pun jadi x boleh
fokus..acewahh..banyaklah kau..!!
suatu hari cakap kat mak melalui "viber"..mak terkejut kenapa boleh
ada rasa malas nak belajar sedangkan dulu balik sekolah je dengan x makannya
dan x mandinya terus buka buku..=.= entahlah,
hanya mampu tersengih je bila mak tanya macam tu..tiba2 tersedar, diri telah
buat mak rasa risau sebab mak berjauhan dan x boleh pantau..Allah, maafkan
aku..terus, terbit kekuatan untuk ubah sikap..besoknya, lepas buat itu buat
ini, terus menelaah buku..sebelum buat entry ni, saya baca balik entry tentang
perjalanan hidup sebagai seorang pelajar yang telah dikongsikan sebelum
ni..semangat terus membakar2 dan menjulang2 tinggi..Alhamdulillah atas kekuatan
ni ya Allah..^^ here's the link, hope will motivate u guys 2, in sya Allah
amin..^^ ---> my journey as a student
hmm..nak balik Malaysia ke tahun ni..? baru sampai kot..xkan nak
balik..hehe..kepoyoan di situ..bila berjauhan dgn family ni, memang x dinafikan
banyak masalah timbul terutamanya melibatkan kawan2..hmm, mungkin ni salah satu
sebab pasai pa saya x mau duk asrama..kalau kat rumah, xde sapa nak terasa sebab
kita adik-beradik semua satu kepala..tapi xpelah, tajdid niat balik..tajdid
niat..malas lah nak fikir..datang sini nak belajar..biaq pi lah kalau ada yang
dengki tu..just say thank to Allah with this "ujian"..bukankah Allah
ada berfirman :
"apakah manusia mengira
bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan "kami telah
beriman" dan mereka x diuji?" [al-'Ankabut:2]
"...dan sampaikanlah khabar
gembira kpd orang2 yang sabar, (iaitu) orang2 yang apabila ditimpa musibah,
mereka berkata sesungguhnya kami milik Allah dan kepadaNyalah kami
kembali". [al-Baqarah:155-156]
Ha, Allah dah kata dah macam
tu..Allah tahu kita mampu tempuhi onak duri, jadi Allah bagilah kita
ujian..sweetnya Allah..teringat video “mrtheallshared” tajuk “cweetnya Allah
tat titew”..Allah memang sweet..sweet sangat..so, instead of complaining, say
Alhamdulillah, Allah bagi aku ujian..^^
12hb exam..haha (asal aku gelak??)..moga Allah berkati
ilmu yang dipinjamkan kpdku..doakan saya..syukran wa assalamualaikum..
p/s: banyak dugaan type entry ni..entah ke
berapa kalinya saya ulang taip untuk entry ni saje..sebab time nak upload
gambar, line xde and tersekat..habis ayat2 yang belana x dapat
autosave..xpe2..Alhamdulillah, Allah bagi aku ujian..^^