23 March 2012

.my journey as a student

السلام عليكم..

apa khabar..? saya harap hari ini kalian bertambah sihat dan semangat menempuhi ujian hidup seterusnya..ingatlah Allah sentiasa ada untuk hamba-hambaNya..8 )

entry kalini berkaitan dengan pengalaman dan perjalananku sebagai seorang pelajar..
sebelum huruf2 di papan kekunci ni menari2 di layar skrin, saya ingin meminta maaf andai tersilap kata atau bahasa sewaktu menyiapkan entri kalini..dalam cerita ni saya akan gunakan perkataan "Aku"..bagi sesiapa yang rasa tak selesa pandai2 lah antum tukar ok..? nak "gua" ke "saya" ke "iter" ke..haha terserah :)

..s.t.a.r.t..

Aku..nama diberi, Nurul Sakinah binti Ahmad Hakimi..hai..salam perkenalan..8 )
aku bukannya seorang insan yang memang dilahirkan pandai apatah lagi bijak dan cerdik..seawal usia 5 tahun lagi aku sudah menempuhi alam pelajaran di tabika..selepas tu, aku mendapat pendidikan di tadika TNB Pantai Baru dan seterusnya ke SK Bangsar..aku masuk kelas ke-6 ketika di darjah satu..

emak aku kata aku kuat berusaha..seawal usiaku 6 tahun aku sudah pandai membaca surat khabar..aku x tahulah selancar mana aku baca..sayangnya aku x ingat dengan itu semua..mungkin aku ini anak sulung barangkali..aku mula berkawan dengan rakan2 yang pandai..berkawan dengan mereka telah menjadikan aku bertambah semangat untuk berjaya.."mengapa mereka boleh tapi aku tidak..? " kata2 ini aku sematkan kemas2 di dalam qalbu..alhamdulillah ketika di darjah dua aku berhijrah ke kelas kedua..masuk darjah tiga aku telah diberi kepercayaan oleh guru untuk masuk ke kelas pertama SK Bangsar..alhamdulillah juga aku dapat kekalkan prestasi di kelas pertama sehinggalah aku di darjah enam..ketika mendapat keputusan UPSR 3A 2B..aku bersyukur dan aku tekad nak belajar bersungguh2 lagi..

melangkahnya kaki ini di alam menengah membuatkan aku bertambah gerun untuk berada di fasa seterusnya..aku takut untuk berhadapan dengan situasi di mana aku akan tenggelam dengan kelekaan sebagai seorang remaja..
tapi aku cepat2 sedar..matlamat aku hanya ingin banggakan ibubapa aku..jadi aku harus berusaha bersungguh2..aku mendapat pendidikan menengah di SMK Sri Pantai..alhamdulillah aku mendapat kelas pertama aliran agama..aku bersyukur kerana dari kecil lagi aku sudah tanam minat pada subjek Bahasa Arab..belajar punya belajar..PMR aku hanya berhasil mendapat 3A 6B..oh..kalaulah boleh aku terbalikkan susunan nombor tu..aku tak tahu di mana silap aku..ahh..aku bukan orang yang mudah menyerah..aku ada matlamat..matlamat aku ingin banggakan kedua2 ibubapa aku..3A tersebut ialah Math, PAI, dan Arab..aku tekad untuk sambung arab kerana hanya pelajaran ini yang aku cenderung lebih..

sebulan di tingkatan empat di kelas aliran sains, aku mula jadi tak tentu arah..aku nak sambung arab..sayangnya di SMKSP x ada aliran agama untuk menengah atas..hanya setakat PMR sahaja..setiap hari aku akan rasa down dan frust sangat sebab tak dapat sambung arab..aku nak pindah..aku nak pindah..

alhamdulillah Allah mendengar rintihan aku..aku dapat tawaran untuk bersekolah di SMK Puteri Wilayah..kawan2 aku kata sekolah ni hebat saingannya..aku tak peduli semua tu..yang penting aku nak keluar dari SMKSP..mungkin rezekiku bukan di sini..apa yang penting aku dapat sambung arab semula..tanpa berfikir panjang aku terus mengucapkan selamat tinggal kepada rakan2 seperjuangan di SMKSP..

aku melangkah masuk dengan bacaan basmalah seiring kaki kanan ketika pertama kali aku menjejakkan kaki di SMKPW..berdaftar di SMKPW bersama emak adalah salah satu kenangan yang tak dapat aku lupakan..kenangan yang sangat pahit untuk aku telan..salah seorang guru mengatakan kelas pertama ialah aliran agama + sains + akaun (sastera)..tambahnya lagi aku langsung tak layak untuk masuk kelas pertama..dia bercadang untuk masukkan aku di kelas ketiga kerana kelas kedua juga aliran sains..aku sangat terkilan waktu tu..hanya Allah saje yang tahu perasaan aku masa tu..apa gunanya aku pindah sekolah jika aku tak dapat ambil arab..kan sama je tu..? emak di sebelah..aku dapat merasakan kekecewaan seorang ibu..ikutkan hati aku nak nangis sekuat-kuatnya..aku tak sanggup melihat kekecewaan emak yang memandang aku dengan penuh hiba..aku dimalukan dengan sebegitu sekali di depan emak..kasihan emak..aku tak nak tunjukkan perasaan sedih dan kecewa aku pada emak..biarlah aku seorang sahaja yang menanggungnya..bukan emak..aku tetap pertahankan maruah aku dengan mengatakan aku ingin sangat belajar arab kerana aku mendapat A dalam pelajaran arab..setelah berbincang..cikgu memutuskan bahawa aku boleh masuk kelas pertama..alhamdulillah tak terkata pada masa itu..baru aku tersedar bahawa betapa penting dan berharganya ilmu..aku nak tebus kekecewaan aku dan maruah emak..aku nak buktikan bahawa aku juga boleh berjaya seperti pelajar2 yang pernah melakar sejarah kejayaan di sekolah ini..

alhamdulillah..aku tersedar satu perkara..selama ni aku belajar hanya atas niat sebab orang pergi ke sekolah, dan nak banggakan ibubapa..tapi aku lupa satu perkara..aku tak niat untuk belajar kerana Allah..mulai saat itu..detik itu..dan hari itu juga..aku tukarkan niatku..aku perbaharui niatku..semuanya semata2 kerana Allah s.w.t...alhamdulillah setelah itu..aku dapat rasakan hari2 yang berlalu semakin tenang dan lancar..

aku ambil keputusan untuk meninggalkan subjek chemistry, physics dan engineering drawing setelah sebulan belajar di sekolah lama..aku tukar kepada subjek akaun, ekonomi asas dan sains biasa..hatiku sangat sedih kerana terpaksa meninggalkan subjek2 yang sudah pun aku target ketika di menengah rendah dulu..mungkin ini perancangan Allah yang terbaik untukku..aku terima..tapi aku masih tak dapat lupakan kekecewaan emak ketika di pejabat dulu..dengan tekad yang kuat hanya kerana Allah s.w.t..aku belajar berungguh2..aku nak tebus balik kekecewaan itu..
sebenarnya ramai lagi yang membuatkan aku jadi frust hanya disebabkan keputusan aku dalam PMR dulu..tapi aku tak jadikan diorang sebagai satu beban untuk aku labelkan diorang sebagai penyumbang "tension" aku..malah aku tukarkan "tension" itu kepada satu "motivasi" sebagai pembakar semangat untuk aku buktikan bahawa aku benar2 mahu membanggakan kedua2 ibubapa aku..

menuntut ilmu di sekolah ini membuatkan aku tersedar lagi satu perkara..
rupa-rupanya cara aku belajar dulu salah dan tak ada perancangan yang teliti..
pelajar2 di sini belajar dengan cara yang sangat mudah dan senang unuk menghasilkan result A+..cara aku belajar dulu adalah dengan menghafaz bulat2, x fokus masa guru mengajar, malu bertanya dan selalu tiru kerja sekolah orang lain..tapi di sini..cara belajarnya sangat berlainan..mereka menggunakan formula hasil kreativiti sendiri untuk menjadi santapan ketika peperiksaan..alhamdulillah..hobi aku yang dulunya suka membaca, aku tukarkan kepada menganalisa maklumat..maksudnya kita faham satu topik dan buat formula sendiri..alhamdulillah makin hari daya ingatan aku bertambah baik..selain tu, aku juga menggunakan teknik belajar yang aku gelarkan sendiri sebagai "brain camera"..caranya tersangatlah mudah..hanya pandang isi2 penting dalam buku teks..fokus betul2 pada awal dan akhir ayat..dan tangkap gambar dengan mengelipkan mata sepantas yang mungkin..insyaAllah kalau betul gaya dan niatnya pasti kita akan ingat..insyaAllah..teknik ini sesuai digunakan untuk subjek2 yang perlu banyak menghafaz..alhamdulillah "brain cemera" ku berhasil apabila aku dapat ingat dengan tepat setiap perkataan yang aku rakamkan di ingatan ketika menjawab soalan peperiksaan Ekonomi Asas..Maha Suci Mu ya Qayyum..

kini, aku telah pusingkan hidup aku 180 darjah daripada dulu..setiap kali lepas solat, aku berdoa dengan satu maksud yang sama setiap hari "ya Allah..ampunkan dosa2ku, dosa2 kedua2 ibubapaku, kasihanilah mereka seperti mana mereka mengasihani aku ketika kecil malah lebihkanlah kasih sayangMu kepada mereka ya Allah..ya Allah..sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui ya Allah..izinkanlah aku tebus kesilapan aku..izinkanlah aku membahagiakan kedua2 ibubapaku dalam keredaanMu..lindungilah aku ya Allah..izinkanlah aku mendapat kesihatan yang terbaik ketika SPM nanti ya Allah..semoga setiap langkahku sentiasa di bawah keredaanMu..sesungguhnya Engkaulah yang Maha Pemberi lagi Maha Mengasihani..amin" ..

kini, debaran SPM bermula..tiba2 aku jadi frust dan tension semula..aku takut aku akan lakukan kesilapan yang sama dalam SPM..UPSR 3A, PMR 3A, tak kan SPM pun 3A jugak..aku makin takut melihat kebetulan nombor 3 nih..adakah aku memang ditakdirkan untuk tidak berhak merasakan kejayaan dalam pelajaran..no..aku yakin dengan iradat Allah..kun fayakun..man jadda wajada waman zaro'a hasoda (siapa berusaha dia berjaya dan siapa yang menanam dia dapat hasilnya)..

hari pertama ialah subjek BM..di sinilah aku membalas dendam2 yang tersimpan selama 2 tahun dalam hati dengan menulis karangan sepanjang dan selaju yang mungkin..aku bersyukur kerana masa seolah2 berjalan perlahan untuk memberikan aku ruang menari2kan mata pena di atas kertas..aku juga mempunyai masa yang banyak untuk mengira setiap patah perkataan yang telah aku campakkan ke kertas..kira punya kira..aku tak sangka aku dapat menulis sepanjang itu..karangan bahagian A = 500++ pp, bahagian B = 1000++ pp..lebih kurang 14 muka surat (7 helai) aku mampu balas dendam..alhamdulillah..

di malam last peperiksaan..iaitu malam subjek Quran Sunnah..tiba2 aku jadi tak tentu arah..aku jadi macam orang yang tak betul..kalau orang tengok aku masa tu memang confirm diorang akan call hospital tanjung rambutan tanpa berfikir panjang..aku langsung tak sempat buat benda lain melainkan tengok balik flashcard aku..aku rasa macam 1 saat tu berharga sangat sangat..itu satu hal..antara penyumbang tegar yang buatkan aku makin bertambah stress juga adalah si JPWP..!! ada ke dia suruh buat jawapan sebijik2, sejibik2, seketul2 isi yang ada dalam buku teks QS..form 4 dan form 5 semuanya ada 96 topik..kenapalah x genapkan jer sampai 100..bayangkanlah..topik2 dia semua boleh fikir secara KBKK..tapi..mm..dahlah..xper..aku reda jelah..

masa hari peperiksaan esok tuh..aku rasa seolah2 flashcard yang aku buat terhidang kat depan mata aku..aku dapat rasakan kehadiran Allah dalam setiap perkataan yang aku tulis..aku terharu dan bersyukur sangat..rasa macam nak nangis tapi malu nak nangis kat situ..nanti banjir buku jawapan x pasal2..
ok..keluar jer dari dewan peperiksaan membuatkan aku sangat lega x terkata..aku dah x nak fikir dah result apa yang bakal aku jajakan kat emak dan abah..biarkanlah aku tenang kejap untuk beberapa bulan nih..

aku ni memang jenis manusia yang x normal..debaran menanti result langsung aku tak dapat rasa walaupun keputusan lagi beberapa hari nak keluar..takkanlah hati aku kata nak tenang untuk 3 bulan nih then langsung dia tak nak rasa apa2..ish23..nakal sungguh hati nih..tiba2 saat yang dinantikan tiba..aku dah  boleh start rasa ngilu time malam result..yang peliknya aku happy sebab aku dapat rasa ngilu walaupun jantung aku still x mengeluarkan degupnya yang laju..ngilu pun jadilah..haha..aku dah normal balik sebab aku dah x boleh nak tidur..pejam mata pun beberapa saat then buka balik..macam tulah aku sampai pukul berapa ntah aku terlelap..sedar sedar dah pagi..nombor yang selalu terbayang dalam kepala aku hanya nombor 7, 7, 7..result aku 7 ker..? aku reda..aku reda..aku dah serahkan semua urusan bulat2 pada Allah..yang penting aku dah berusaha..sesungguhnya Allah x zalim kepada hamba2Nya yang berusaha..amin..

kitorang (calon2 amek result) perlu beratur di dewan sekolah sebab pengetua nak umumkan secara face to face..sebelum memulakan kata2..beliau sempat menitiskan air mata membuatkan kami tertanya2 macam mana dengan result kalini..ok ke x..ternyata pengetua sangat gembira melihat pencapaian kami dalam SPM..sebanyak 15 subjek dapat 100% dan membuatkan sekolah mendapat pengiktirafan lonjakan saujana..alhamdulillah..semua ini berkat cikgu2 yang tak henti2 mencurahkan ilmu tak kira masa dan tempat..terima kasih cikgu..terima kasih cikgu..tahniah kepada 2 orang rakan daripada kelas kedua yang memperolehi 9A (straight) ..syabas dan tahniah sangat2..aku..? alhamdulillah..usaha aku untuk berulang alik dari rumah ke sekolah sebanyak 7 stesen LRT membuahkan hasil..alhamdulillah aku memperolehi keputusan 10A 1B (5A+, 3A, 2A-, 1B+)..mungkin no 7 yang aku duk bayang pagi tu ditambah dengan 3 iaitu bilangan A dalam UPSR & PMR menjadi 10..Allahu akbar..!! terima kasih cikgu..alhamdulillah..syukrillah..Engkau mendengar rintihan aku selama ni..emak dan abah..inilah hadiah yang ayong nak sangat tunjukkan masa UPSR dan PMR dulu..tapi x berjaya..sekarang ayong dah buktikan yang ayong boleh bangkit dari kegagalan masa lalu..inilah hadiah permulaan untuk emak ngan abah..mak ngan abah berhak terima semua ni..



aku mendapat panggilan daripada emak yang sedang berkursus di Sepang..aku terkejut apabila mendengar kata2 ini dpd mulut emak.." ayong..mak tahu kau kecewa masa PMR dulu..mak nampak kekecewaan kau tu..mak nampak sangat..tapi sekarang kau dah buktikan yang ko boleh berjaya macam orang lain..mak gembira sangat ayong.."..ya Allah..adakah mak nampak kekecewaan aku ketika di pejabat sekolah dulu..? aku terkilan sebab tak dapat nak sorokkan perasaan tu..maafkan aku ya Allah..

the end..

sesungguhnya Allah x zalim kepada hamba2Nya yang berusaha..!! 8 )

p/s : 5 jam masa dihabiskan untuk menulis entri kalini..sakinah minta maaf sangat2 kalau ada part2 yang kurang senang atau mungkin sebab ayat yang berjela2 nih..ini semua adalah luahan hati yang berjaya diluahkan sejak menerima keputusan UPSR dulu..alhamdulillah..Allah mendengar rintihan hambaNya..terima kasih ya Allah..tahniah kepada kawan2 yang cemerlang dalam peperiksaan..tahniah batch 94..!! assalamualaikum..8 )


07 March 2012

.support me

السَّلاَمُ عَلَيْكُم

wee..this is the first entry for 2012..
wahaha..alah..bukan buzy mana pon..
tetibe mood lazy memerangkap diri..
oklah2..sebenarnya lama x update sebab saya tgh wat blog 4 one of the subject in SPM..
ha..? saje jer..bosan..manfaatkan ilmu yang ada selagi dia belom hilang..x salah kan..?
that subject is Ekonomi Asas SPM..wohaa..rindunya nak wat formula2 best ngan dax2 claz..

do come my site n support me ok..nak jadi members pown boleh..tq..8 )

ok..citer len plak..ceh..mentang2lah dah lama x update kan..? ^^

dengar citer ada khabar angin ttg penukaran grade SPM tahun ni..
korang yang candidate SPM 2011 tu..cer tengok nie..what's ur expression when u look at this grade..?
looks cool right..what..awesome..?
macam nak pengsan..!!

























haha..best kan..? harap2 just rumour..!!
oklah..malaz nak taip agi..hikhik..jangan lupa singgah blog yang lagi satu tu ok..?
tengkiiiiiiiiiuuuuuuuuu..salam..8 )