24 November 2013

.Sekeping Hati Secebis Iman Buat Ukhtiku


Bismillah..
Salam Ahli Syurga buat si ukhti pendamba syurga,
Assalamualaikum WBT.

Akhawati fillah,
Apa khabar dirimu hari ini ? 
Didoakan semoga saje dalam kesihatan yang terbaik,
In shaa Allah,
Ukhti,
bagaimana pula dengan khabar imanmu?
Sihat-sihat jugakah ?
Semoga hari ini ia lebih sihat dan bertambah sihat dengan redha dariNya,
Amin in shaa Allah :)

Ukhti,
Firman Allah dalam KitabNya yang agung:

أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
mafhumnya:
“Hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenang.” [QS 13:28]
صدق الله العظيم

Hanya dengan mengingati Allah, hatikan menjadi tenang,
Apa itu hati yang tenang ukhti ?
Apakah hati itu menjadi tenang bila ia dalam ketaatan ?
Atau hati itu menjadi tenang bila ia dalam kemaksiatan ?
Dua jalan ini sudah terbentang di kiri dan di kanan kita,
Tinggal kita memilih dan seterusnya mengatur langkah,
Sungguh,
Beruntunglah mereka yang menyucikan jiwa,
Merugilah mereka yang mengotorinya [QS 91:8-10]

Ukhti yang disayangi keranaNya in shaa Allah,
Hati yang tenang itu adalah hati yang memiliki keinsafan sejati,
Dan hati ini sedar tidak ada jalan pulang ke syurgaNya melainkan dengan rahmat dan kasih sayang dariNya.


Ukhti,
Hati tempat jatuhnya pandangan Allah,
Bila mana hati-hati yang ikhlas,
Hati-hati yang mengaharapkan cintaNya,
Hati-hati yang mengharapkan redhaNya,
Hati-hati yang mengharapkan syurgaNya,
Berkumpul dan diikat dengan satu ikatan yang kukuh,
Datanglah ranjau berduri ukhti,
Datanglah onak berliku,
Hatta tentangan sekalipun,
Hati-hati ini akan terus berpaut,
Terus bertahan,
Terus kuat,
Tidak pernah lelah,
Demi cinta, lautan api sanggup direnangi,
Kerna asasnya itu sendiri terbina dari sebuah asas yang kukuh,
Itulah I  M  A  N.

In shaa Allah,
Hati-hati ini ukhti,
Akan bersama-sama berpimpin tangan menuju masuk ke dalam syurgaNya,
Semoga hati-hati seperti inilah yang sedang kita miliki saat ini,
Berbuat keranaNya,
Teguh keranaNya,
Lelah juga keranaNya,
In shaa Allah.

Ukhtikunna fillah,
Ketahuilah ukhti,
Aku menyayangi kalian keranaNya in shaa Allah,
Semakin aku rasa betapa dalamnya rasa sayang ini pada kalian,
Semakin aku rasa betapa dalamnya rasa cinta ini pada kalian,
Semakin itulah hatiku membuak-buak ingin menarik kalian bersama-sama denganku,
Bersama-sama Kita menuju masuk ke dalam syurgaNya in shaa Allah.

Akhawati fillah,
Suka aku ingatkan kalian dan diriku sekali lagi,
Bila mana ukhti, dalam suka ria kita saat ini,
Akan ada suatu saat ukhuwwah kita pasti teruji,
Ukhuwwah yang dibina mula dirasakan serba tidak kena,
Mula dirasakan bermasalah, mula dirasakan bermusykilah,
Tapi sekali lagi wahai ukhti yang mengharapkan redha dariNya,
Bila mana ukhuwwah itu sedang bermasalah,
Bukan ukhuwwah itu yang bermasalah ukhti,
Iman kita yang sebenarnya bermasalah ukhti,
“Apakah kamu dikatakan beriman sedang kamu tidak diuji?” [QS 29:2]
Jelas persoalan dari Tuhan kita,
Membuatkan kita terduduk sebentar,
Kembali meneutralkan fikiran,
Mencari punca dan solusinya,
Orang yang beriman pasti diuji !

Ukhti,
Jangan kau lemah,
Allah beri ujian tanda Dia sedang memerhati,
Tanda Dia sedang peduli,
Tidak membenarkan kita terus alpa dengan dunia yang juga ciptaanNya,
Carilah di segenap ruang dan peluang untuk kita lebih menghargai diri sendiri,
Oasis iman kita,
Muhasabah diri kita,
Sudahkah diri memberi yang terbaik sehingga pulangannya juga terbaik ?
Tepuk dada tanya imanmu.

Ukhti, benar katamu,
Hati itu tidak mudah dijaga,
Walaupun sudah mencuba tapi pasti ada yang terasa,
Jika kesilapan semalam belum terampun moga diharap maafkanlah,
Jika kesilapan hari ini menyakitkan dengan harapan moga lupakanlah,
Jika kesilapan esok mendatang janganlah dibawa sampai ke akhirat.

Ya Allah,
Hamba insan yang lemah lagi dho’if,
Tika aku menyakiti hati hamba-hambaMu,
Berikan aku kekuatan memohon ampun kepada mereka,
Tetapi tika mereka menyakitiku,
Berikanlah aku kekuatan untuk mengampunkan mereka pula,

Terima taubatku Ya Allah,
Terima taubatku,
Sungguh Kau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Akhawati fillah,
Sungguh mehnah ujian ini benar-benar membuat kita tersedar dari lamunan yang panjang,
Sungguh mengetuk pintu hati yang mungkin sudah mula alpa dengan dunia dan isinya,
Membawa kita kembali pulang kepadaNya [QS 7:168]
Alhamdulillah,
Sebuah nikmat tarbiah yang bukan semua insan dapat kecapinya ukhti,
Sungguh beruntunglah buat mereka yang diuji,
Sungguh beruntung,
Alhamdulillah.

Ukhti yang disayangi kerana Allah,
Di antara suatu kebaikan dengan suatu kebaikan yang lain,
Ada suatu  jalan yang sangat panjang berliku-liku,
Ada suatu jalan yang sangat lelah untuk ditempuh,
Ada suatu jalan yang sudah ramai terkandas ketika melaluinya,
Jalan itu, tidak dapat tidak kita perlu tempuhi juga,
Tanda cinta Dia kepada kita,
Menghalang kita terus lalai dan alpa dengan dunia,
Maka diberiNya kita jalan itu,
Itulah jalan U J I A N ukhti,
Jalan ini diisi dengan ganjaran pahala buat mereka yang bersabar,
Hanya mereka yang bersabar dan yang terus bersabar diberi ganjaran pahala olehNya [QS 3:200]

Dari itu ukhti, Segala Puji Bagi Allah,
Tuhan Pentadbir sekalian alam,
Atas segala nikmat dan kurniaanNya,
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah. :)

Ayuh ukhti !
Jangan cuma ujian sekecil cuma,
Kau biar hatimu terus layu,
Kau terus lemah dan melemah,
Bangkit ukhtiku sayang !
Selagi diri masih bertenaga,
Ayuh kita berbakti buat ummah,
Ayuh kita mumtazat buat ummah,
Saling menggapai redhaNya,
Saling meraih syurgaNya,
In shaa Allah.

Ukhti,
Terima kasih atas ukhuwwah ini,
Terima kasih kerna sudi menerimaku,
Bila berbuat keranaNya, maka teguhlah juga keranaNya,
Yang pasti, semua akan indah pada akhirnya, senyumlah :) [QS 43:67]

wallahu a'lam..


.....................................................
Mengharapkan redha dariNya,
Nurul Sakinah binti Ahmad Hakimi,
0215 ; 24112013,
el-Azhar, Kaherah, Mesir.



17 August 2013

.topik perbualan hangat di aidilfitri

assalamualaikum

bismillah..bertemu lagi di wadah ini setelah 2 bulan lamanya menyepi..selama dua bulan ini, FB merupakan wadah utama saya lebih-lebih lagi semenjak senario rampasan kuasa oleh pihak tentera Mesir yang sangat zalim dan jijik..berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul..hendak harapkan media-media di TV, anda tahu jawapannya..

seperti yang semua sedia maklum, bumi MESIR kini sedang bergolak dan dibasahi dengan darah-darah para syuhada'..Allahu Rabbi..hanya titipan doa saje yang menjadi senjata utuh kita sekarang..tembak dengan doa..

tembak--------------------------->>>>> doa! doa! doa!
tembak--------------------------->>>>> doa! doa! doa!
tembak--------------------------->>>>> doa! doa! doa!

Aidil Fitri ini (taqabbalallahu minni wa minkum), memang saya sudah jangkakan, isu Mesir akan menjadi topik perbualan hangat antara saya dan saudara mara..ya, RISAU, BIMBANG, KHAWATIR memang jelas terpancar di air muka mereka, terutamanya di wajah ibunda tercinta..berkali-kali mak mengulang-ulang ayat ini supaya anaknya ini mengerti akan kerisauannya, katanya: "nasib baiklah ayong ada kat sini, kalau xde depan mata mak ni, memang x senang duduk mak dibuatnya." 

saat soalan "belajar sini jelah..?" dilontarkan dari mulut seorang ibu, ohh hati sangat berbelah bahagi..
"jangan risau mak, selagi patuh arahan, kullu kheir in shaa Allah." x banyak sikit, hatinya lega mendengar kata-kataku, tapi saya tahu jauh di lubuk hatinya dia sangat berharap saya akan jawab "baik mak"..tapi mak ngan abah sangat memahami kehendak anak sulung mereka ini..Moga Allah Redha mak dan abah..berat benar hati ni nak meninggalkan Bumi Barakah Mesir..

ada sesuatu di sana yang membuatkan saya sangat23x berat hati nak meninggalkannya..sesuatu yang sangat berharga yang hanya boleh dihargai oleh mereka yang pandai menghargai..takkan mudah menyerah!  [12:87] permudahkan segalanya Ya Allah..rinduuu~

mungkin sudah tiba masanya, benda-benda lagha (sia-sia) yang dah bersarang tarantula dalam lappy kita atau di mana-mana saje tempat kita simpan dia, dihapuskan serta merta (sepantas mata berkelip mungkin)..sudah tiba masanya kita gencarkan dakwah kita..sudah tiba masanya kita 'shoot' doa yang bertubi2 dengan penuh ikhlas dan tawadhu' untuk saudara-saudara kita yang tertindas di sana..seolah-olah nyawa mereka itu tiada nilainya..huhh..


boleh jadi kerana kita masih lalai leka, kemenangan lambat sekali nak munculkan dirinya..sungguh orang-orang yang beriman itu umpama satu jasad, cukuplah satu anggota sakit, seluruh badannya juga akan merasai sakit ..

tingkatkan amal, kurangkan kontroversi (dgn post cintan cintun bagai), berdiri di atas bakat sendiri !


~آللهم احفظ مصر وأهلها وجميع بلاد المسلمين~


p/s: gambar adalah doa qunut nazilah..doa yang dipanjatkan Rasulullah -saw- ketika ditimpa bala..ayuh mujahidin angkat tanganmu..as Muslim, we share the same pain even it's not happening here..Moga Allah Terima Doa Kita..Moga Allah Redha..amin~





di bawah adalah gambar-gambar ketika sambut puasa di Perak..time raya, kami balik KL singgah rumah sehari n straight beraya kat Selangor, kampung mak..:)


Kg. Perak








atuk :)

pokok kelapa comel sebelah rumah, comel sebab rendah :P

with pakcik, mak n adiks

dia pun nak buat jugak , lagi cantiqq dpd saya punya ! 



salam aidilfitri
تقبل الله مني ومنكم

saya tinggalkan anda dengan kata-kata di bawah, Salam Perjuangan Sahabat :)

"krisis yang berlaku di Mesir perlu diteliti dengan penuh berhati-hati. Dunia Barat sebenarnya sedang cuba untuk mengheret kelompok Islam dan pendokong Demokrasi di Mesir ke kancah perang saudara. Walaubagaimanapun, tindakan rakyat Mesir yang berhimpun secara aman di Dataran Mustafa Mahmoud, Ramsis setelah perjuangan mereka di Dataran Rab'ah dan Nahdhah dibalas dengan tindakan ganas tentera sebenarnya suatu permulaan kepada kejayaan.

Apa yang pasti, Abdol Fatah Sisi perlu digulingkan dan Dr Morsy perlu dikembalikan haknya sebagai Presiden Mesir yang masih sah menurut perlembagaan Mesir. Tetapi bukan dengan cara mengangkat senjata." [Ahmad Ulwan Hassim]


kita ada 'senjata' jadi manfaatkan ia..
teruskan 'shoot' doa-doa buat saudara seaqidah kita yang sedang tertindas di sana (apa saje doa, salah satunya ialah Doa Qunut Nazilah seperti dalam gambar di atas)
الدعاء سلاح المؤمن (doa itu senjata org beriman)
Moga Allah Terima Doa Kita
ma'as salamah..8 )


14 June 2013

.MESIR, DAULAH TARBIAH


*maaf ni post kali kedua..ada ralat sebelumnya..kak fatimah, maaf komen terpadam sekali..hee :)

Bismillah..Salam Ahli Syurga, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..:)

sudah terlalu lama rasanya pena ini tidak menari2 di layar skrin..:) 

harini tepat 9 bulan 9 hari berjauhan dengan keluarga..

pengalaman yang ditimba di sini sangat mematangkan untuk orang yang macam saya (yang x pernah berdikari)..saya akan sharingkan sikit pengalaman di sini dan semoga Allah menjauhkan saya daripada perasaan riak, takabbur dan seangkatan dengannya..

pengkhususan, pengalaman kali ini berputar dalam topik

.U.J.I.A.N.

ujian ujian ujian..siapa kita untuk terlepas daripadanya..? ya kita bukanlah siapa²..kita hanyalah hamba Allah di bumi Dia..tidak ada seorang pun yang akan terlepas daripada ujiannya..larilah ke hujung dunia sekalipun..menyoroklah di dasar lautan sekalipun..ujian tetap ada untuk kita..Allah beri ujian untuk meningkatkan darjat hamba²Nya..ada dua jenis ujian..kebanyakan kita hanya faham ujian itu dalam hal yang buruk dan susah sedangkan kesenangan (nikmat) juga adalah ujian..iaitu ujian untuk menguji kita sama ada kita bersyukur dengan nikmat tersebut atau sebaliknya..
kerana sangat susah untuk bersyukur ketika senang, maka sebab itulah kesenangan juga digelar ujian..:)

“Besarnya ganjaran pahala sesungguhnya berasal dari besarnya ujian/musibah yang menimpa. Dan apabila Allah mencintai suatu kaum maka Dia akan menguji mereka. Barangsiapa yang redha, maka Allah pun redha padanya, dan barangsiapa yang murka kerananya, maka Allah pun murka padanya.” [HR Tirmidzi no. 2576, dan menurutnya ini adalah hadits hasan gharib]

sebelum ini, terasa sangat dalam zon selesa..ujian² biasa yang dilalui seperti rasa mudah sahaja..tidak ada “advance” seperti fitrahku yang sangat sukakan cabaran..dan saya langsung tidak menganggapnya sebagai ujian..oh adakah tanggapan saya seperti itu adalah ujian untuk saya..? hee..sampaikan pernah terdetik dihati “dimanakah ujian aku yang sebenarnya??”

online FB selalu jumpa status:
“Allah uji sebab Allah sayang.”

malah ada yang meminta untuk diberi ujian lagi kerana ingin merasakan lagi kasih sayang Allah..mereka sangat rindu akan kasih sayangNya ketika diuji..Allah, nak juga rasa macam tu!! ghibtoh²!!

………………….......

wah saya mula rasa persoalan saya dah terjawab dan permintaan saya dah termakbul semusafirnya saya ke Timur Tengah, YA!! AKHIRNYA saya diuji..dan saya dapat  rasa sangat itu adalah sebuah ujian..ujian kesusahan ini terasa sangat tambah² lagi ketiadaan keluarga di sisi..tapi pada masa tu, iman masih goyah dan saya lupa yang saya dulu (sebelum datang ke Mesir) pernah meminta sedemikian..meminta untuk diuji..apabila diuji, saya lemah dan futur selalu..dalam fatrah ini, Allah izinkan saya ditarbiah..Allah izinkan saya bertemu insan yang sangat hebat dari segi tarbiahnya..mereka sudi menjaga iman saya (saling mengingati)..Alhamdulillah, Allah pertemukan saya dengan mereka..banyak yang saya belajar ketika dalam proses pentarbiahan ini..dan tarbiah ini adalah usaha yang berterusan..jadi, saya masih belajar dan akan terus belajar dan belajar..

saya sudah mula berfikiran positif dan pada waktu itulah saya teringat bahawa saya pernah meminta untuk diuji..hee jadi saya semakin positif dengan segala yang saya hadapi..in shaa Allah..ada yang x percaya saya ada masalah besar..katanya saya kelihatan seperti tidak ada masalah langsung..hmm "Allah tutup aib aku"..dan ada yang kata saya sangat tabah menghadapinya kerana ianya kelihatan berat bagi mereka..bro sis, ujian itu x akan nampak berat kalau kita sendiri berfikiran positif..ya tak nafikanlah, mungkin berat bagi orang lain sebab itulah Allah tak beri mereka ujian tersebut kerana Allah tahu mereka tidak sanggup..jadi, 
Allah beri saya ujian tu sebab Allah tahu saya kuat
sweetnya Allah kan..? SANGAT..

in shaa Allah, ujian ini masih dalam kesanggupan saya sebab saya sangat yakin bahawa janji Allah itu pasti..;)

“Allah x membebani seseorang melainkan sesuai dgn kesanggupannya.” [2:286]

iman manusia ni turun naik..tolong doa²kan saya ya agar saya terus kuat..:)

sesungguhnya, kalam² suciNya sangat mendamaikan hati yang berbolak-balik..hanya dengan mengingatiNya, hati menjadi tenang..[13:28]

Alhamdulillah, dalam diuji, Allah juga menghadiahkan nikmatNya  iaitu nikmat sahabat² yang sangat memahami dan sudi menghulurkan tangan ketika diri ini masih terumbang-ambing mencari arah..terasa sangat Allah sayangkan diri ini..terasa sangat ujianNya itu sebagai bukti kasih sayangNya..dan saya juga semakin terasa kasih sayang seorang emak dan abah..bersyukur dan sangat bersyukur memiliki mereka..

“Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan “kami telah beriman” dan mereka tidak diuji? Dan sungguh, Kami telah menguji orang² sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui orang² yang benar dan pasti mengetahui orang² yang dusta.” [29:2-3]

Wahai yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hati kami di atas agamaMu dan ketaatan kepadaMu..amin ya Rabb..
sahabat,
teruslah pimpin tangan ini,
dalam menggapai redaNya,
andai aku leka,
usahlah kau segan dan bertangguh menegurku,
usah kau biar aku lalai dan terus dalam kegelapan,
tiada yang ku pinta melainkan nasihat darimu,
bersamalah kita menuju
Jannatal Firdausil A’laNya..
In shaa Allah..:)

*hee maaf x pandai nak karang sajak..

hatiku bergetar menulis entry kalini..doakan ya..jazakumullahu khairan kathira..ma’as salamah..8 )


18 March 2013

.dakwah kepada org bukan Islam

assalamualaikum..

bismillah..alhamdulillah..bahagia menyelimuti hati ketika melihat perkembangan saudara baru kembali kepada Islam..hmm, persoalannya, apa menyebabkan mereka kembali kpd Islam ? kerana umat Islam itu sendirikah ? atau kerana kajian yang mereka sendiri lakukan ? Allah..harini saya nak kongsi sikit sebuah kisah..saya pasti ada yang pernah baca kisah ni..huhu..alhamdulillah kalau pernah baca..harap2 masih diamalkan ya ^^

jom fokuskan matlamat kita ^^

dakwah ?
"serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik." [an-Nahl:125]

Aku, Lim dan Islam
aku mempunyai seorang rakan baik dari zaman kanak2, Lim Wei Choon namanya..

sama2 bersekolah rendah hingga ke peringkat menengah..selepas SPM, aku masuk ke Tingkatan 6, manakala Lim dihantar keluarganya melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat..

kenangan sewaktu kanak2 hingga ke zaman remaja terlalu banyak yang dikongsi bersama..setiap kali hari raya menjelang, Lim pasti berkunjung ke rumahku untuk menikmati dodol arwah ayahku yang amat digemarinya..kadangkala, jika ada kenduri kendara dirumahku, pasti Lim akan turut serta..

aku jarang ke rumahnya kecuali untuk beberapa sambutan seperti sambutan hari jadi dan juga Tahun Baru Cina..aku takut dengan anjing peliharaan keluarga Lim..dengan Lim juga aku belajar matematik manakala subjek Bahasa Malaysia sering menjadi rujukannya kepadaku..

kenangan2 seperti memancing, mandi jeram, ponteng sekolah untuk melihat pertandingan 'breakdance', semuanya kami kongsi bersama2..apa yang ingin kunyatakan ialah, warna kulit dan perbezaan agama x pernah menjadi penghalang persahabatan kami..

20 tahun telah berlalu, Lim telah menetap di Amerika..setelah berjaya mendapat Green Card, beliau bekerja disana..itu yang kuketahui dari kakaknya..hubunganku dengan Lim terputus setelah dia melanjutkan pelajaran..

maklumlah, dizaman kami dulu tiada internet, email atau telefon bimbit, yang ada cuma sesekali menghantar poskad bertanya khabar..untuk menulis surat kepada lelaki amat malas kami rasakan..

suatu pagi, aku bertembung dengan kakak Lim di pasar, kakaknya memberitahu Lim akan pulang ke tanah air..dan aku amat terkejut dengan berita yang kudengar dari kakaknya..

"he's name is no more Lim Wei Choon..he's now Ahmad Zulfakar Lim since 5 years ago..Subhanallah ! syukur Alhamdulillah, rakan baikku telah menemui hidayah dari Allah -swt- ..memang aku x sabar untuk berjumpa dengannya lebih2 lagi setelah menjadi saudara seagama denganku..

hari yang kutunggu2 telah tiba, dan petang itu aku berkesempatan bertemu dengan Lim dirumahnya..ada satu keraian istimewa sempena menyambut kepulangannya..ketika aku tiba, tetamu sudah semakin berkurangan..

“assalamualaikum”

itulah kalimat pertama dari mulutnya, wajahnya sudah jauh berubah, air mukanya amat redup dan tenang..aku menjawab salam dan berpelukan dengannya dan kami menangis umpama kekasih yang sudah terlalu lama terpisah..  

"ini dia olang memang sudah manyak lama kawan, dari kecik ini dua olang" Ibu Lim menjelaskan pada beberapa orang tetamu yang melihat peristiwa kami berpelukan dan menangis itu..tetapi aku bukan menangis kerana apa, tetapi kerana amat sebak dan terharu dan sangat bersyukur melihat keIslaman rakanku..

Lim mengajak aku duduk dibuaian dihalaman rumahnya untuk berbual2..beliau masih fasih berbahasa melayu walau sudah lama berada diperantauan..

"Talha, kau kawan baik aku kan? betul tak?"

"memanglah..kenapa kau tanya macam tu?" 

"kalau kau kawan baik aku, kenapa kau biarkan aku diseksa?" 

"sorry Lim, aku x faham..diseksa..?

"cuba kau fikir, kita ni kawan dari kecil..aku ingat lagi, rumah kau tu, is my second house..tapi, mengapalah kau x pernah ceritakan pada aku tentang Islam..? mengapa aku kena pergi ke US baru aku dapat belajar tentang Islam..? mengapa bukan di Malaysia, negara Islam ni..? dan mengapa aku diIslamkan oleh seorang bekas paderi kristian..?"

aku terdiam, kelu x mampu menjawab..dan Lim terus berkata2..

"kalau betullah kau kawan baik aku, kenapa kau cuma nak baik dengan aku di dunia saja..? kau suka tengok kawan baik kau ni diseksa di dalam api neraka..?? kau tahu, kalaulah aku ni x sempat masuk Islam hingga aku mati, aku akan dakwa semua orang Islam dalam kampung kita ni sebab x sampaikan dakwah dan risalah Islam pada aku, keluarga aku dan non muslim yang lain..kau sedar x, kau dah diberikan nikmat besar oleh Allah dengan melahirkan kau didalam keluarga Islam..tapi, nikmat itu bukan untuk kau nikmati seorang diri, atau untuk keluarga kau sendiri, kau dilahirkan dalam Islam adalah kerana ditugaskan untuk sampaikan Islam pada orang2 yang dilahirkan dalam keluarga bukan Islam macam aku.."

aku masih tunduk dan x terkata apa2 kerana sangat malu..

"berdakwah adalah tugas muslim yang paling utama, sebagai pewaris Nabi Muhammad -saw-, penyambung Risalah..tetapi apa yang aku lihat, orang melayu ni x ada roh jihad, x ada keinginan untuk berdakwah, macamana Allah nak tolong bangsa melayu kalau bangsa tu sendiri tak tolong agama Allah..?   aku bukan nak banggakan diri aku, cuma aku kesal..sepatutnya nikmat ini kau kena gunakan dengan betul dan tepat, kerana selagi kau belum pernah berdakwah, jangan kau fikir kau sudah bersyukur pada Allah..dan satu lagi, jangan dengan mudah kau cop orang2 bukan Islam itu sebagai kafir kerana kafir itu bererti ingkar..kalau kau dah sampaikan seruan dengan betul, kemudian mereka ingkar dan berpaling, barulah kau boleh panggil kafir.."

aku menjadi amat malu, kerana segala apa yang dikatakan oleh Lim adalah benar ! dan aku x pernah pun terfikir selama ini..aku hanya sibuk untuk memperbaiki amalan diri sehingga lupa pada tugasku yang sebenar..baru aku faham, andainya tugas berdakwah ini telah dilaksanakan, Allah akan memberikan lagi pertolongan, bantuan dan kekuatan serta mempermudahkan segala urusan dunia dan akhirat sesorang itu..

petang itu aku pulang dengan satu semangat baru..aku ingin berdakwah ! Lim yang baru memeluk Islam selama 5 tahun itu pun telah mengislamkan lebih 20 orang termasuk adiknya..mengapa aku yang hampir 40 tahun Islam ini x pernah hatta walau seorang pun orang bukan Islam yang pernah kusampaikan dengan serious tentang kebenaran Islam..?

----------------------------------------------------------------------------------------------------------

persoalan yang menanti2 jawapannya..tepuk dada tanyalah iman kita..apa yang menyebabkan kita (saya terutamanya) sukar untuk berdakwah..dakwah itu mudah sebenarnya !! x sekadar kata2, kita boleh tunjuk dgn akhlak..

Allah Allah..sangat berinspirasi kisah ni..paling sentap bila part Lim kata: " mengapa aku kena pergi ke US baru aku dapat belajar tentang Islam ? mengapa bukan di Malaysia, negara Islam ni?"  -.-

fuhh, dakwah o dakwah !! teringat saya kata-kata seorang ustaz (lupa namanya): semudah-mudah dakwah yang boleh kita lakukan ialah menitikberatkan kebersihan..Allah itu cantik dan sukakan kecantikan ^^

mulakan dakwah dari sekecil2 perkara..
*just be yourself..
*ajak kawan2 buat baik..

*show kindness to others..

praktikal itu lebih besar pengaruh dan kesannya di dalam jiwa manusia daripada perkataan saje..
x kenal maka x chenta..

jom ber D.A.K.W.A.H ^^

14 March 2013

.Kisah Pokok Kurma dan Abu Dahdah



assalamualaikum..

bismillah..di kuliah tadi, doktor ada suruh buat ringkasan ttg satu kisah ni.. قصة النخلة tajuknya..maksudnya, (Kisah Pokok Kurma) Subhanallah, saya sangat tertarik dgn kisah ni..timbul persoalan slps membacanya.."bolehke aku jadi seperti Abu Dahdah?? atau paling kurangpun, bolehke aku jadi seperti isterinya??" Allah..bergetar hati baca kisah ni..iman para sahabat sangat mengagumkan..kisah ni berlaku di zaman Rasulullah -saw-..jom baca ^^
----------------------------------------------------------------------------------------------------------

seorang anak muda yatim datang menghampiri Rasulullah -saw- yang saat itu tengah duduk bersama para sahabatnya..dia mengeluh dihadapan Rasulullah -saw- seraya berkata: "wahai Rasulullah, saya sekarang sedang membangun tembok di sekitar kebun saya, namun pada salah satu sisinya, ternyata ada pohon kurma milik tetangga saya yang menghalang berdirinya tembok tersebut..saya sudah meminta padanya agar memberikan pohon itu atau menjualnya, namun tawaran saya itu selalu saja ditolak."

maka Rasulullah -saw- meminta dia agar mengajak tetangganya kehadapannya..ketika keduanya datang dihadapan Rasulullah -saw-, maka beliau menyampaikan keluhan si pemuda tadi yang memasalahkan pohon kurma yang menghalangi berdirinya tembok..

si tetangga itu pun membenarkan cerita pemuda tadi..di saat itu, Rasulullah -saw- meminta dia agar menebang pohon kurmanya atau menjualnya pada si pemuda tadi..namun permintaan Rasulullah -saw- pun tetap di tolak !! Rasulullah -saw- mengulangi permintannya agar dia menjual pohon kurmanya seraya berkata: "juallah pohon kurmamu pada dia, dan engkau akan mendapat ganti kelak pohon kurma di syurga, dimana kalau engkau berjalan dgn mengendarai (kuda), selama 100 tahun maka engkau tetap masih berada dibawah naungan keteduhan pohon kurma tersebut."

para sahabat Nabi -saw- semua tercengang mendengar tawaran Rasulullah -saw- pada si tetangga..kerana (menurut mereka) mustahil dia akan masuk kedalam neraka jika dia memiliki pohon seperti itu di dalam syurga..apalah harga sebatang pohon kurma di dunia ini jika dibandingkan dengan kurma di syurga kelak?

namun sayang sekali, si tetangga tadi menolak tawaran Rasulullah -saw- kerana dia lebih mendambakan harta dunia..salah seorang sahabat Nabi yang kala itu hadir bernama Abu Dahdah berkata pada Rasulullah -saw- : “wahai Rasulullah, kalau saya beli dengan wang saya pohon kurma dari si tetangga dan saya berikan pada si pemuda, apakah saya akan dapatkan pohon kurma yang engkau janjikan tadi di syurga kelak?"

Rasulullah : “Ya”

lalu, Abu Dahdah menghampiri si tetangga tadi dan berkata padanya: "e
ngkau tahu kebun milikku itu”?


tetangga: “ya, siapa di Kota Madinah ini yang x tahu kebun milik Abu Dahdah yang mempunyai 600 pohon kurma dan ada rumah mewahnya serta sumber mata air tawar dan tembok tinggi yang mengelilinginya? dimana semua pedagang kurma di madinah sangat mendambakan jika membeli kurma Abu Dahdah kerana kualiti dan rasanya yang sangat istimewa."

Abu Dahdah: “juallah pohon kurmamu itu padaku dan aku tukar dengan kebunku, rumah mewahku, 600 pohon kurma, mata air tawar dan pagarku”.

ketika mendengar ucapan Abu Dahdah, si tetangga menatap Rasulullah -saw- hampir x mempercayai tawaran itu..apakah ini masuk akal, seseorang ingin menukar satu pohon kurma milikku dengan 600 pohon kurma yang begitu istimewa kualitinya? ini adalah transaksi yang tersukses selama hidup..


lalu si tetangga setuju dgn tawaran itu yang disaksikan oleh Rasulullah -saw- serta para sahabat..dan kini, terlaksanalah transaksi tersebut..


Abu Dahdah dengan penuh bahagia menatap wajah Rasulullah -saw- seraya berkata: “apakah aku tetap akan mendapatkan pohon kurma di syurga itu kelak wahai Rasulullah”?

Rasulullah: “Tidak”

mendengar jawapan itu Abu Dahdah terperanjat, lalu Rasulullah -saw- meneruskan kata2nya: “Allah telah menawarkan penukaran satu batang pohon kurma dengan sebatang pohon kurma, namun kedermawananmu telah menambah penukaran itu dengan semua yang kau miliki didalam kebunmu..dan ketahuilah bahawa Allah adalah Dzat yang Maha Mulia dan Maha Dermawan, Dia kini menggantikanmu dan memberikanmu di syurga kelak ‘kebun-kebun kurma’ dimana susah sekali untuk dihitung jumlahnya karena banyaknya..tahukah kalian berapa pohon kurma milik Abu Dahdah yang sudah keberatan akibat lebat buah kurmanya?"


Rasulullah -saw- terus-menerus menyebutkan berulang-ulang jumlahnya hingga para sahabat yang hadir ketika itu berharap kalau dirinya adalah Abu Dahdah kerana banyaknya jenis kurma yang Rasulullah sebutkan dihadapan mereka..

ketika Abu Dahdah pulang kerumahnya, dia memanggil isterinya dan berkata: “wahai isteriku, marilah kita tingalkan rumah dan kebun serta seluruh isinya ini, karena aku kini telah menjual keseluruhannya."

mendengar ucapan suaminya itu, si isteri wajahnya ceria dan berseri-seri..dia mengetahui bahawa suaminya adalah seorang businessman yang sangat berjaya dan dia yakin pula bahawa suaminya pasti mendapat keuntungan yang sangat luar biasa dari penjualannya..


lalu si isteri berkata: “berapa kau jual semua itu?"

Abu Dahdah : “aku menukarnya dengan pohon-pohon kurma di syurga..di mana kalau kita berkenderaan dibawahnya selama seratus tahun lamanya maka, kita tetap masih berada dibawah naungan keteduhan pohon tersebut”.

mendengar ucapan dan cerita Abu Dahdah, maka si isteri menjawab dengan penuh senang seraya berkata: “beruntung sekali transaksi itu, beruntunglah engkau wahai suamiku Abu Dahdah."

---------------------------------------------------------------------------------------------
Ya Salam..Subhanallah..

betapa hebatnya keimanan para sahabat !!
siapa kata orang Islam x perlu kaya..lihatlah apa orang kaya di zaman Rasulullah -saw- dapat buat dengan kekayaannya.."mereka membeli Syurga !"

dapatkah kita jadi seperti Abu Dahdah ?? dan cool macam isterinya ??
keimanan yang x dapat digapai kecuali dgn keyakinan pada Allah yang Maha Esa..Allahu Akbar !!  8 )


nota limpa : cerita diambil dpd Soraya's site & applerosejournal dan diubah suai ba'du kalimat..wallahua'lam bissowab..


أفلا تعقلون؟؟

Allah..Allah..Allahu Akbar..8 )

03 February 2013

.we L O V E Rasulullah (antara Chenta dan Tanggungjawab)

assalamualaikum..


Bismillah..Alhamdulillah Allah beri kesempatan masa untuk berkongsi sedikit ilmu di mana penceramahnya Subhanallah, seorang yang sangat saya kagumi keranaNya, Ust Syed Abdul Kadir al-Jofree..selama ni hanya dengar di youtube, Alhamdulillah Allah beri keizinan untuk berjumpa dgn beliau..best dan sangat santai..terisi masa, terdidik hati in shaa Allah ^^

"We Love Rasulullah (Antara Chenta dan Tanggungjawab)"

sangat menarik tajuk yang diberi..nampak simple, tapi itulah yang payah nak buat..kita kata kita chenta Rasulullah SAW bukan ? jadi bagaimana kita tahu sama ada kita betul2 chentakan Rasulullah SAW ?

WARNING: Pastikan hati anda sudah cukup bersedia untuk disentap ! jika tidak, sila beralih ke siaran Hagemaru astro ceria..Terima Kasih :)


----------



Alhamdulillah syukur, nampaknya anda sudah bersedia :) sila santaikan diri anda, tenang-tenangkan fikiran, hadirkan hati, betulkan niat dan bismillah, m a r i   k i t a   m u l a k a n :)

jadi bagaimanakah caranya untuk kita tahu sama ada kita betul-betul chentakan Rasulullah SAW, adalah terbahagi kpd 2 kaedah :

a) KAEDAH UMUM = chenta ialah kita akan mengutamakan perkara yang dichentai dan kalau boleh kita tidak mahu bercanggah dengannya..kalau bercanggah, kita akan dikira berdusta dalam perchentaan..begitu juga dengan chenta kita kepada Nabi Muhammad SAW, kita akan lebih mengutamakan Baginda lebih dpd nafsu kita sendiri ^^

cuba bayangkan (sambil tangan buat ala-ala Misteri Nusantara, mata pandang atas hehe), bayangkan kita tengah jalan-jalan ni, tetibe ada orang yang kita tidak kenal bermasam muka dgn kita, dia punyalah buat mulut muncung sedepa, muka berkerut-kerut pandang kita..agak-agak kita akan kesah ke ? sudahnya kita kata "peduli apa, aku x kenal dia pun, so lantak dia." hehe disebabkan kita tak kenal dia, kita xde rasa chenta dan kasih pada dia..dari sinilah datangnya peribahasa "tak kenal maka tak chenta" hehe..cuba bayangkan kalau kawan-kawan kita pula bermasam muka dgn kita, mesti dan pasti kita akan rasa tersinggung dengan dia kan ? nahh, inilah yang namanya  c h e n t a  ^^  "inilah cintaku, ohhhhh...." eh terkeluar lagu Akim pula hehehe..

justeru, kenallah Rasulullah SAW; banyakkan membaca sirah2 Baginda, banyakkan menghadiri majlis-majlis ilmu..skrg lebih mudah, buku2 tentang Baginda SAW ada banyak dikarang, bolehlah dapatkan di kedai-kedai buku dgn harga yg sangat berpatutan..majlis-majlis ilmu pula tumbuh bagai cendawan lepas hujan, sehingga tidak menang kaki dibuatnya nak pergi semua ! hanya tinggal usaha cari dan pergi :)


b) KAEDAH KHAS (detail) :
manakala, kaedah khas untuk kita mengetahui sungguh-sungguh kita chenta Rasulullah SAW ialah dengan:

     1- ittiba' (mengikuti Baginda SAW)


     2- selalu sebut nama Baginda SAW
Hasan bin Ali menceritakan bahawa Rasulullah SAW bersabda :-
“dimanapun kamu berada, maka berselawatlah kamu kepadaku, kerana sesungguhnya selawat kamu itu akan disampaikan kepadaku“
[Ibnu Abi Syaibah dan Nasai]


     3- bila disebut nama Nabi, dia akan rasa kehebatan Nabi SAW
diceritakan Para Sahabat apabila terdengar sahaja nama Baginda SAW, muka mereka menjadi pucat kerana berasa kagum dengan Baginda SAW..contoh sahabat ialah Saidina Ali sendiri..

     4- merindui pertemuan dengan Nabi SAW

كل حبيبين يحب بلقاء حبيبه
"setiap kekasih suka bertemu dgn kekasihnya."

sebelum tidur, berdoalah untuk mimpi jumpa Nabi Muhammad SAW..al-Ustaz Syed Abdul Kadir Al-Jofree kata, bacalah doa cammana pun, tak kisah, sekadar niat pun sudah memadai..

"Ya Allah, aku nak mimpi jumpa Nabi..aku nak mimpi jumpa Nabi."
cenggini pun boleh :)

ustaz bawakan satu kisah tentang sahabat Rasulullah SAW, Bilal bin Rabah..
"ketika Bilal nazak, isterinya berkata ''Ya Bilal, sakit sangat aku tengok kamu.'' Bilal menjawab ''tidak aku tidak sakit malahan aku gembira kerana esok aku akan bertemu KEKASIHKU MUHAMMAD SAW.'' Bilal sering mengulangi kata-katanya itu sehingga hembusan nafas terakhir.'' "Aku akan bertemu KEKASIHKU MUHAMMAD SAW.'' [sumber]

Allahu, begitu menggunung rindu Bilal bin Rabah kepada Rasulullah SAW kerana dalamnya chentanya kpd kekasih Allah itu..

     5- suka apa dan siapa yang Nabi suka & benci apa dan siapa yang Nabi benci
chenta kepada Nabi adalah chenta kepada keluarga nabi dan sahabat2 Baginda SAW..Nabi bersabda :-
"Barang siapa mencintai mereka (Hasan & Husein, cucu nabi ), sesungguhnya telah mencintai aku."
[Riwayat Bukhari]
dalam hadis yang lain Rasulullah SAW bersabda :- 
“Tanda iman yang sesungguhnya adalah mencintai sahabat2 Ansar sedang tanda kemunafikan adalah kebencian terhadap mereka."
[Riwayat Bukhari Muslim]

kata al-Fadhil al-Ustaz, jika kita betul-betul sayang pada Nabi, apa yang membuat kita terhalang untuk menghidupkan sunnah Baginda ? jika sayang, kita tidak akan rasa takut nak tegakkan hukum Allah..peduli apa kalau kita buat apa yang Nabi suka kan ? Allahu..

al-ustaz juga ada berpesan supaya kita menjaga lidah kita..contoh paling menarik ustaz berikan ialah tentang fe'el orang Arab..baik buruk mereka sama je macam baik buruk orang Malaysia..cuma kita ni hanya nampak semut seberang laut, tapi gajah depan mata kita tak nampak..ha kan dah terkeluar peribahasa hehe..al-ustaz tegur cara kita menggunakan ayat umum..contoh bila kita kata orang Arab tu pengotor..sedarkah Nabi Muhammad SAW yang kita cinta dan kasih itu pun berbangsa Arab juga ? #sentap

saya faham kita tidak bermaksud begitu, tapi sekarang ni zaman fitnah kan ? dan itu sangat bahaya..musuh2 Islam tinggal nak cucuk jarum utk jatuhkan Islam..kalau nak kata juga, katalah begini : "orang Arab yang AKU JUMPA TADI, bla bla bla.."  macam tu lebih bagus..spesifikkan ! Allahu, syukran atas peringatan ustaz..barakallahu ta'ala..

kemudian, ustaz ada beri tips untuk memotivasikan diri..setiap apa yang kita lakukan, cuba kita tanya pada diri kita sendiri, Baginda senyum tak kalau Baginda melihat kita melakukannya..Ya Salam, sentap lagiii..

     6- amalkan apa yang Nabi suka
contoh : amalkan membaca al-Quran..bukan setakat membacanya, tapi menghayati dan diperdengarkan bacaan al-Quran..al-Quran ialah risalah Allah SWT yang ditinggalkan oleh Nabi Muhammad SAW..tiba2 ustaz mengeluarkan kata-kata hikmatnya, jeng jeng jeng

"kita ni sibuk nak jalan-jalan kat tempat yang Nabi dah jalan, kalau boleh tu nak pijak tanah tempat yang sama Nabi pijak, tapi ada tak kita sibuk nak mengaji al-Quran..al-Quran itu kita akan baca apa yang dah pun Nabi baca dulu..kita baca sebijikkkkk sebijikkkkk macam Nabi baca..x perlu gi jauh-jauh semata-mata nak jalan kat tempat yang sama Nabi jalan sedangkan al-Quran di rumah dijadikan sekadar hiasan."

hahaha sentap tak ? kalau saya, tersangat sentap ! rasa macam hati ni dah melompat-lompat nak keluar, seolah-olah dia dah taknak jadi hati, yelah asyik kena sentap je..eh apakah ? ini cuma selingan, sila abaikan saya hehe..lagi ustaz sambung, jangan kita je yang bangga dgn Nabi, biar Nabi juga bangga dengan kita T_T

--------------------------------------------------------------------------------------------------
sebelum tutup majlis, ustaz ada kongsikan sebuah kisah yang sangat menarik dan yang paling terpenting menyentap qalbu hihi ini memang matlamat utama saya untuk update entry ni :) semoga kita dapat mengambil 'ibrah (pengajaran) melalui perkongsian ini in shaa Allah ^^

bismillah..

di sebuah kampung, ada orang gila yang duduk di atas pokok dan berdegil untuk turun..pelbagai usaha telah dilakukan orang kampung untuk bawa orang gila tu turun..ketika percubaan pertama, mereka membawa parang.."hai orang gila, baik ko turun, kalau tidak, kami akan potong pokok ini"..tapi orang gila itu tidak jugak turun2..begitulah seterusnya orang kampung mengugut dengan gergaji dan gergaji elektrik, masih juga orang gila itu berdegil untuk turun..

orang kampung pening memikirkan cara lain..berfikir punya fikir, ada orang kampung mencadangkan supaya membawa orang gila dpd kampung sebelah untuk memujuknya turun..orang gila dpd kampung sebelah pun pergi kpd kawannya dan mengugut dgn pisau cukur.."baik ko turun, kalau x aku akan potong pokok ni dgn pisau cukur ni"..kelam-kabut orang gila atas pokok tu turun ke bawah..orang kampung sangat hairan..pisau cukur je pun !! lantas mereka bertanya kpd orang gila yang baru turun tu..orang gila tu kata "dia kan orang gila, dia kalau cakap, dia akan buat sungguh2..bukan macam kalian, tahu cakap je tapi buatnya tidak..konon aku nak potong, aku nak potong tapi tak potong-potong pun." hahahaha saya sentap gila dah nii, k bye T_T

jika kita mengaku kita chenta Rasulullah SAW, maka buktikanlah kechentaan kita itu..usah setakat menanam tebu di tepi bibir..
Rasailah sedalam-dalamnya kalimah
"AKU BERSAKSI BAHAWASANYA MUHAMMAD ITU RASULULLAH."

sungguh, saya ambil dahulu apa yang telah dikongsikan..
harap dapat betulkan saya jika saya tersalah..
boleh share kerna ia milik Allah SWT..
sama-samalah kita meraih pahala berganda-ganda sampai ke tahap infinity in shaa Allah ;)
*****
Moga Bertambah Chenta kita Pada Baginda,
Moga Bertambah Sayang Allah Pada Kita,
al-Faqirah Sakinah,
03022013,
1004

wallahua'lam bissowab