14 June 2013

.MESIR, DAULAH TARBIAH


*maaf ni post kali kedua..ada ralat sebelumnya..kak fatimah, maaf komen terpadam sekali..hee :)

Bismillah..Salam Ahli Syurga, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..:)

sudah terlalu lama rasanya pena ini tidak menari2 di layar skrin..:) 

harini tepat 9 bulan 9 hari berjauhan dengan keluarga..

pengalaman yang ditimba di sini sangat mematangkan untuk orang yang macam saya (yang x pernah berdikari)..saya akan sharingkan sikit pengalaman di sini dan semoga Allah menjauhkan saya daripada perasaan riak, takabbur dan seangkatan dengannya..

pengkhususan, pengalaman kali ini berputar dalam topik

.U.J.I.A.N.

ujian ujian ujian..siapa kita untuk terlepas daripadanya..? ya kita bukanlah siapa²..kita hanyalah hamba Allah di bumi Dia..tidak ada seorang pun yang akan terlepas daripada ujiannya..larilah ke hujung dunia sekalipun..menyoroklah di dasar lautan sekalipun..ujian tetap ada untuk kita..Allah beri ujian untuk meningkatkan darjat hamba²Nya..ada dua jenis ujian..kebanyakan kita hanya faham ujian itu dalam hal yang buruk dan susah sedangkan kesenangan (nikmat) juga adalah ujian..iaitu ujian untuk menguji kita sama ada kita bersyukur dengan nikmat tersebut atau sebaliknya..
kerana sangat susah untuk bersyukur ketika senang, maka sebab itulah kesenangan juga digelar ujian..:)

“Besarnya ganjaran pahala sesungguhnya berasal dari besarnya ujian/musibah yang menimpa. Dan apabila Allah mencintai suatu kaum maka Dia akan menguji mereka. Barangsiapa yang redha, maka Allah pun redha padanya, dan barangsiapa yang murka kerananya, maka Allah pun murka padanya.” [HR Tirmidzi no. 2576, dan menurutnya ini adalah hadits hasan gharib]

sebelum ini, terasa sangat dalam zon selesa..ujian² biasa yang dilalui seperti rasa mudah sahaja..tidak ada “advance” seperti fitrahku yang sangat sukakan cabaran..dan saya langsung tidak menganggapnya sebagai ujian..oh adakah tanggapan saya seperti itu adalah ujian untuk saya..? hee..sampaikan pernah terdetik dihati “dimanakah ujian aku yang sebenarnya??”

online FB selalu jumpa status:
“Allah uji sebab Allah sayang.”

malah ada yang meminta untuk diberi ujian lagi kerana ingin merasakan lagi kasih sayang Allah..mereka sangat rindu akan kasih sayangNya ketika diuji..Allah, nak juga rasa macam tu!! ghibtoh²!!

………………….......

wah saya mula rasa persoalan saya dah terjawab dan permintaan saya dah termakbul semusafirnya saya ke Timur Tengah, YA!! AKHIRNYA saya diuji..dan saya dapat  rasa sangat itu adalah sebuah ujian..ujian kesusahan ini terasa sangat tambah² lagi ketiadaan keluarga di sisi..tapi pada masa tu, iman masih goyah dan saya lupa yang saya dulu (sebelum datang ke Mesir) pernah meminta sedemikian..meminta untuk diuji..apabila diuji, saya lemah dan futur selalu..dalam fatrah ini, Allah izinkan saya ditarbiah..Allah izinkan saya bertemu insan yang sangat hebat dari segi tarbiahnya..mereka sudi menjaga iman saya (saling mengingati)..Alhamdulillah, Allah pertemukan saya dengan mereka..banyak yang saya belajar ketika dalam proses pentarbiahan ini..dan tarbiah ini adalah usaha yang berterusan..jadi, saya masih belajar dan akan terus belajar dan belajar..

saya sudah mula berfikiran positif dan pada waktu itulah saya teringat bahawa saya pernah meminta untuk diuji..hee jadi saya semakin positif dengan segala yang saya hadapi..in shaa Allah..ada yang x percaya saya ada masalah besar..katanya saya kelihatan seperti tidak ada masalah langsung..hmm "Allah tutup aib aku"..dan ada yang kata saya sangat tabah menghadapinya kerana ianya kelihatan berat bagi mereka..bro sis, ujian itu x akan nampak berat kalau kita sendiri berfikiran positif..ya tak nafikanlah, mungkin berat bagi orang lain sebab itulah Allah tak beri mereka ujian tersebut kerana Allah tahu mereka tidak sanggup..jadi, 
Allah beri saya ujian tu sebab Allah tahu saya kuat
sweetnya Allah kan..? SANGAT..

in shaa Allah, ujian ini masih dalam kesanggupan saya sebab saya sangat yakin bahawa janji Allah itu pasti..;)

“Allah x membebani seseorang melainkan sesuai dgn kesanggupannya.” [2:286]

iman manusia ni turun naik..tolong doa²kan saya ya agar saya terus kuat..:)

sesungguhnya, kalam² suciNya sangat mendamaikan hati yang berbolak-balik..hanya dengan mengingatiNya, hati menjadi tenang..[13:28]

Alhamdulillah, dalam diuji, Allah juga menghadiahkan nikmatNya  iaitu nikmat sahabat² yang sangat memahami dan sudi menghulurkan tangan ketika diri ini masih terumbang-ambing mencari arah..terasa sangat Allah sayangkan diri ini..terasa sangat ujianNya itu sebagai bukti kasih sayangNya..dan saya juga semakin terasa kasih sayang seorang emak dan abah..bersyukur dan sangat bersyukur memiliki mereka..

“Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan “kami telah beriman” dan mereka tidak diuji? Dan sungguh, Kami telah menguji orang² sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui orang² yang benar dan pasti mengetahui orang² yang dusta.” [29:2-3]

Wahai yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hati kami di atas agamaMu dan ketaatan kepadaMu..amin ya Rabb..
sahabat,
teruslah pimpin tangan ini,
dalam menggapai redaNya,
andai aku leka,
usahlah kau segan dan bertangguh menegurku,
usah kau biar aku lalai dan terus dalam kegelapan,
tiada yang ku pinta melainkan nasihat darimu,
bersamalah kita menuju
Jannatal Firdausil A’laNya..
In shaa Allah..:)

*hee maaf x pandai nak karang sajak..

hatiku bergetar menulis entry kalini..doakan ya..jazakumullahu khairan kathira..ma’as salamah..8 )


No comments:

Post a Comment