03 February 2013

.we L O V E Rasulullah (antara Chenta dan Tanggungjawab)

assalamualaikum..


Bismillah..Alhamdulillah Allah beri kesempatan masa untuk berkongsi sedikit ilmu di mana penceramahnya Subhanallah, seorang yang sangat saya kagumi keranaNya, Ust Syed Abdul Kadir al-Jofree..selama ni hanya dengar di youtube, Alhamdulillah Allah beri keizinan untuk berjumpa dgn beliau..best dan sangat santai..terisi masa, terdidik hati in shaa Allah ^^

"We Love Rasulullah (Antara Chenta dan Tanggungjawab)"

sangat menarik tajuk yang diberi..nampak simple, tapi itulah yang payah nak buat..kita kata kita chenta Rasulullah SAW bukan ? jadi bagaimana kita tahu sama ada kita betul2 chentakan Rasulullah SAW ?

WARNING: Pastikan hati anda sudah cukup bersedia untuk disentap ! jika tidak, sila beralih ke siaran Hagemaru astro ceria..Terima Kasih :)


----------



Alhamdulillah syukur, nampaknya anda sudah bersedia :) sila santaikan diri anda, tenang-tenangkan fikiran, hadirkan hati, betulkan niat dan bismillah, m a r i   k i t a   m u l a k a n :)

jadi bagaimanakah caranya untuk kita tahu sama ada kita betul-betul chentakan Rasulullah SAW, adalah terbahagi kpd 2 kaedah :

a) KAEDAH UMUM = chenta ialah kita akan mengutamakan perkara yang dichentai dan kalau boleh kita tidak mahu bercanggah dengannya..kalau bercanggah, kita akan dikira berdusta dalam perchentaan..begitu juga dengan chenta kita kepada Nabi Muhammad SAW, kita akan lebih mengutamakan Baginda lebih dpd nafsu kita sendiri ^^

cuba bayangkan (sambil tangan buat ala-ala Misteri Nusantara, mata pandang atas hehe), bayangkan kita tengah jalan-jalan ni, tetibe ada orang yang kita tidak kenal bermasam muka dgn kita, dia punyalah buat mulut muncung sedepa, muka berkerut-kerut pandang kita..agak-agak kita akan kesah ke ? sudahnya kita kata "peduli apa, aku x kenal dia pun, so lantak dia." hehe disebabkan kita tak kenal dia, kita xde rasa chenta dan kasih pada dia..dari sinilah datangnya peribahasa "tak kenal maka tak chenta" hehe..cuba bayangkan kalau kawan-kawan kita pula bermasam muka dgn kita, mesti dan pasti kita akan rasa tersinggung dengan dia kan ? nahh, inilah yang namanya  c h e n t a  ^^  "inilah cintaku, ohhhhh...." eh terkeluar lagu Akim pula hehehe..

justeru, kenallah Rasulullah SAW; banyakkan membaca sirah2 Baginda, banyakkan menghadiri majlis-majlis ilmu..skrg lebih mudah, buku2 tentang Baginda SAW ada banyak dikarang, bolehlah dapatkan di kedai-kedai buku dgn harga yg sangat berpatutan..majlis-majlis ilmu pula tumbuh bagai cendawan lepas hujan, sehingga tidak menang kaki dibuatnya nak pergi semua ! hanya tinggal usaha cari dan pergi :)


b) KAEDAH KHAS (detail) :
manakala, kaedah khas untuk kita mengetahui sungguh-sungguh kita chenta Rasulullah SAW ialah dengan:

     1- ittiba' (mengikuti Baginda SAW)


     2- selalu sebut nama Baginda SAW
Hasan bin Ali menceritakan bahawa Rasulullah SAW bersabda :-
“dimanapun kamu berada, maka berselawatlah kamu kepadaku, kerana sesungguhnya selawat kamu itu akan disampaikan kepadaku“
[Ibnu Abi Syaibah dan Nasai]


     3- bila disebut nama Nabi, dia akan rasa kehebatan Nabi SAW
diceritakan Para Sahabat apabila terdengar sahaja nama Baginda SAW, muka mereka menjadi pucat kerana berasa kagum dengan Baginda SAW..contoh sahabat ialah Saidina Ali sendiri..

     4- merindui pertemuan dengan Nabi SAW

كل حبيبين يحب بلقاء حبيبه
"setiap kekasih suka bertemu dgn kekasihnya."

sebelum tidur, berdoalah untuk mimpi jumpa Nabi Muhammad SAW..al-Ustaz Syed Abdul Kadir Al-Jofree kata, bacalah doa cammana pun, tak kisah, sekadar niat pun sudah memadai..

"Ya Allah, aku nak mimpi jumpa Nabi..aku nak mimpi jumpa Nabi."
cenggini pun boleh :)

ustaz bawakan satu kisah tentang sahabat Rasulullah SAW, Bilal bin Rabah..
"ketika Bilal nazak, isterinya berkata ''Ya Bilal, sakit sangat aku tengok kamu.'' Bilal menjawab ''tidak aku tidak sakit malahan aku gembira kerana esok aku akan bertemu KEKASIHKU MUHAMMAD SAW.'' Bilal sering mengulangi kata-katanya itu sehingga hembusan nafas terakhir.'' "Aku akan bertemu KEKASIHKU MUHAMMAD SAW.'' [sumber]

Allahu, begitu menggunung rindu Bilal bin Rabah kepada Rasulullah SAW kerana dalamnya chentanya kpd kekasih Allah itu..

     5- suka apa dan siapa yang Nabi suka & benci apa dan siapa yang Nabi benci
chenta kepada Nabi adalah chenta kepada keluarga nabi dan sahabat2 Baginda SAW..Nabi bersabda :-
"Barang siapa mencintai mereka (Hasan & Husein, cucu nabi ), sesungguhnya telah mencintai aku."
[Riwayat Bukhari]
dalam hadis yang lain Rasulullah SAW bersabda :- 
“Tanda iman yang sesungguhnya adalah mencintai sahabat2 Ansar sedang tanda kemunafikan adalah kebencian terhadap mereka."
[Riwayat Bukhari Muslim]

kata al-Fadhil al-Ustaz, jika kita betul-betul sayang pada Nabi, apa yang membuat kita terhalang untuk menghidupkan sunnah Baginda ? jika sayang, kita tidak akan rasa takut nak tegakkan hukum Allah..peduli apa kalau kita buat apa yang Nabi suka kan ? Allahu..

al-ustaz juga ada berpesan supaya kita menjaga lidah kita..contoh paling menarik ustaz berikan ialah tentang fe'el orang Arab..baik buruk mereka sama je macam baik buruk orang Malaysia..cuma kita ni hanya nampak semut seberang laut, tapi gajah depan mata kita tak nampak..ha kan dah terkeluar peribahasa hehe..al-ustaz tegur cara kita menggunakan ayat umum..contoh bila kita kata orang Arab tu pengotor..sedarkah Nabi Muhammad SAW yang kita cinta dan kasih itu pun berbangsa Arab juga ? #sentap

saya faham kita tidak bermaksud begitu, tapi sekarang ni zaman fitnah kan ? dan itu sangat bahaya..musuh2 Islam tinggal nak cucuk jarum utk jatuhkan Islam..kalau nak kata juga, katalah begini : "orang Arab yang AKU JUMPA TADI, bla bla bla.."  macam tu lebih bagus..spesifikkan ! Allahu, syukran atas peringatan ustaz..barakallahu ta'ala..

kemudian, ustaz ada beri tips untuk memotivasikan diri..setiap apa yang kita lakukan, cuba kita tanya pada diri kita sendiri, Baginda senyum tak kalau Baginda melihat kita melakukannya..Ya Salam, sentap lagiii..

     6- amalkan apa yang Nabi suka
contoh : amalkan membaca al-Quran..bukan setakat membacanya, tapi menghayati dan diperdengarkan bacaan al-Quran..al-Quran ialah risalah Allah SWT yang ditinggalkan oleh Nabi Muhammad SAW..tiba2 ustaz mengeluarkan kata-kata hikmatnya, jeng jeng jeng

"kita ni sibuk nak jalan-jalan kat tempat yang Nabi dah jalan, kalau boleh tu nak pijak tanah tempat yang sama Nabi pijak, tapi ada tak kita sibuk nak mengaji al-Quran..al-Quran itu kita akan baca apa yang dah pun Nabi baca dulu..kita baca sebijikkkkk sebijikkkkk macam Nabi baca..x perlu gi jauh-jauh semata-mata nak jalan kat tempat yang sama Nabi jalan sedangkan al-Quran di rumah dijadikan sekadar hiasan."

hahaha sentap tak ? kalau saya, tersangat sentap ! rasa macam hati ni dah melompat-lompat nak keluar, seolah-olah dia dah taknak jadi hati, yelah asyik kena sentap je..eh apakah ? ini cuma selingan, sila abaikan saya hehe..lagi ustaz sambung, jangan kita je yang bangga dgn Nabi, biar Nabi juga bangga dengan kita T_T

--------------------------------------------------------------------------------------------------
sebelum tutup majlis, ustaz ada kongsikan sebuah kisah yang sangat menarik dan yang paling terpenting menyentap qalbu hihi ini memang matlamat utama saya untuk update entry ni :) semoga kita dapat mengambil 'ibrah (pengajaran) melalui perkongsian ini in shaa Allah ^^

bismillah..

di sebuah kampung, ada orang gila yang duduk di atas pokok dan berdegil untuk turun..pelbagai usaha telah dilakukan orang kampung untuk bawa orang gila tu turun..ketika percubaan pertama, mereka membawa parang.."hai orang gila, baik ko turun, kalau tidak, kami akan potong pokok ini"..tapi orang gila itu tidak jugak turun2..begitulah seterusnya orang kampung mengugut dengan gergaji dan gergaji elektrik, masih juga orang gila itu berdegil untuk turun..

orang kampung pening memikirkan cara lain..berfikir punya fikir, ada orang kampung mencadangkan supaya membawa orang gila dpd kampung sebelah untuk memujuknya turun..orang gila dpd kampung sebelah pun pergi kpd kawannya dan mengugut dgn pisau cukur.."baik ko turun, kalau x aku akan potong pokok ni dgn pisau cukur ni"..kelam-kabut orang gila atas pokok tu turun ke bawah..orang kampung sangat hairan..pisau cukur je pun !! lantas mereka bertanya kpd orang gila yang baru turun tu..orang gila tu kata "dia kan orang gila, dia kalau cakap, dia akan buat sungguh2..bukan macam kalian, tahu cakap je tapi buatnya tidak..konon aku nak potong, aku nak potong tapi tak potong-potong pun." hahahaha saya sentap gila dah nii, k bye T_T

jika kita mengaku kita chenta Rasulullah SAW, maka buktikanlah kechentaan kita itu..usah setakat menanam tebu di tepi bibir..
Rasailah sedalam-dalamnya kalimah
"AKU BERSAKSI BAHAWASANYA MUHAMMAD ITU RASULULLAH."

sungguh, saya ambil dahulu apa yang telah dikongsikan..
harap dapat betulkan saya jika saya tersalah..
boleh share kerna ia milik Allah SWT..
sama-samalah kita meraih pahala berganda-ganda sampai ke tahap infinity in shaa Allah ;)
*****
Moga Bertambah Chenta kita Pada Baginda,
Moga Bertambah Sayang Allah Pada Kita,
al-Faqirah Sakinah,
03022013,
1004

wallahua'lam bissowab



02 February 2013

.kun fayakun

assalamualaikum..
kun fayakun ; jika Allah kata jadi, maka jadilah ia..
------------------------------------
jam 0604, di rumah sewa mesir..

pap pap pap ! bunyi di pintu memecah keheningan suasana..
terjaga dari tidur yang lena..subuh di sini pukul 3 lebih..
bunyi bising pukul 6 lebih..anda rasa kami sedang buat apa pada waktu ni ?
ofcoslah sedang membuta hehehe..

barangkali housemate ada masalah dgn pintu bilik mereka..
ia agak sukar untuk buka dari dalam jika pintu ditutup rapat..
beberapa minit berlalu, bunyi tersebut masih kedengaran..
semakin kuattt..pap !! pap !! pap !!
haihhh, lain macam je..memberanikan langkah untuk keluar dari bilik melihat apa sebenarnya yg berlaku..
anehh, senyap sahaja bilik mereka..
masing-masing diselubungi selimut tebal musim winter..
siapakah gerangan yang membuat bising pagi-pagi begini ?

pap papp pappp, makin kuat kedengaran..
bunyi daripada pintu utama..
siapakah yang cuba membuka pintu utama ?
teringat pula ada rakan serumah yang selalu keluar pagi-pagi..
barangkali dia baru pulang dan terlupa bawa kunci rumah..
keberangkalian yang penuh misteri..

tak sedap hati, berjalan ke arah pintu utama, tinjau di lubang pintu..
Ya Allah, dia bukan rakan serumahku !
dalam kegelapan suasana membuatkan saya tak dapat cam betul siapakah dia..
yang pastinya dia bukan housemate saya..
dia lelaki ! berambut pendek..
bersungguh-sungguh betul dia untuk buka pintu !!

memang saya tak fikir apa masatu..bila dia tolak pintu kedepan..saya tolak kebelakang..
eh eh, main tolak-tolak pula kami..

tapi dia senyap (means x perasan kot) dan terus cuba lagi untuk buka pintu..
aneh !! xkan dia x dengar saya main tolak-tolak pintu dgn dia..LOL..

last trial dia semakin kuat dan dia berjaya kopak pintu tersebut dan hampir-hampir saje terbuka pintu..
Alhamdulillah, mujur ada selak pintu yang masih ketat dikunci jadi penyelamat di bahagian bawah pintu..

oh mahu pecah masuk ya ! pintu tersebut saya terus tolak kuat-kuat dan spontan terkeluar "WOIIIII"..
dapat rasakan dia sangat terkejut dan lintang pukang dia lari..

housemate lantas dikejutkan dpd lena yang panjang..
almaklumlah, musim winter memang best tidur sampai tak sedar ada orang nak pecah masuk..

cerita punya cerita, ada rupanya housemate yang dengar..
housemate kata orang tu ketuk pintu dulu sebelum tu..
housemate dengar dan dia biarkan,
memang kami akan biarkan kalau ada orang ketuk pintu rumah terutamanya waktu cenggini..
lagipun ruang tamu gelap, selalunya lampu akan kami buka pada waktu malam tapi rosak pula malam tu..
mungkin dia fikir tiada orang di rumah..teringat pula senior-senior pernah cakap, kebiasaannya lepas subuh mmg aktiviti pecah masuk rumah kerap berlaku sebab masa tu, orang Arab Mesir memang akan tidur lepas Subuh..

teringat kejadian main tolak-tolak pintu dengan dia..LOL, baru tersedar itu agak melawakkan..adeke yang pernah buat ? hehe..mungkin dia x perasan saya tolak pintu sebab mungkin dia rasa itu tindak balas pintu masa dia duk mengopak kot..hee..lawak lawak..

selama ni duk dengar org citer..sekarang ni Allah bagi experience sendiri..
tulah kan, bila Allah nak kata jadi, maka jadilah ia..

senior bagi cadangan pindah rumah sebab mmg dah terkopak habis dah pintu tu dan ada kemungkinan dia akan datang lagi sebab dia dah tahu senang nak buka tapi xpelah, kami just tambahkan selak baru yang mmg khas untuk pintu arab..in shaa Allah fi amanillah ^^