22 June 2012

.my pen, I'm in love with U


السلام عليكم..

ok, walaupun saya dah tolak tawaran UIA, tapi nak juga citer pasal UIA ni..hee23..entry pasal UIA ni saya ada bagi briefing sikit kat entry .matlamat hidup tersangatlah penting..

sebenarnya, sebelum tolak tawaran UIA ni, saya sempat gi shopping sikit barang2 yang kononnya untuk persediaan ke sana..la, kalau x nak pergi, nape nak beli kan..? ada x yang tanya macam ni..? kehkeh..sebenarnya ini semua group CFS IIUM 2012/2013 punya pasal..hoho, suka2 hati je nak salahkan benda lain..padahal, hati tu yang xde pendirian..lalala..dalam group ni, semua senior2 dia baik2 belaka..walaupun korang tanya soalan yang merapu2 pun, diorang akan jawab sejujur2nya dari lubuk hati..buzy pun, diorang still luangkan masa..salute betul pada mereka2 ini..tapi, tulah, bila fikir betul2 (actually fikir lepas dah beli barang2 semua, hehe), rasa macam xpelah, let it go..*tarik nafas sampai mulut kembung, lepass..

huhu..suuudah cukup cukup sudahhh..tutup citer..sebenarnya xde kena mengena pasal tu pun..nak citer pasal gambar2 yang dah dibeli je..meleret2 pula ya..hehe..asifah..8 )

now, cuba tengok gambar..
gambar satuuu, masuk menghadaaap..



eh, sikit..? kehkeh..saja beli sikit sebab hati memang langsung x nak pergi pun kan..so, saje nak prepare apa2 yang patut kononnya nak masuk ke sana..tapi, ok juga ya beli barang sikit2 dulu, at least barang2 ke mesir nanti xdelah terasa beban sangat nak beli sekaligus..haha..ada hikmah..*yayy..tepuk tangan tanda lega..

gambar dua pula, sila masuk menghadap..



ha, tengok ni!! akhirnya, termakbul juga cita2 saya nak beli satu balang pen..kahkah..
dulu time study, asyik beli satu2 je, x pun satu pack tu, sekarang ni, ha, amek ko beli satu balang terus..*senyum sinis tanda puas hati..
dulu mak x bagi beli satu balang sebab mak pernah beli, yang boleh pakai just sikit je..lain semua xde ink..so, masa yang paling lama untuk memilih barang sekolah adalah pen2 ni..first time nak beli satu balang ni rasa takutlah juga sebab nanti ada yang x ada ink, kan dah membazir kat situ..tapi, alhamdulillah jenama FASTER ni sangat boleh dipercayai..hee23..good for the first trial..

sebab apa..? ha, dalam penutup pen ni, ada cover lagi yang tutup mata pen tu..so, kalau benda tu ada lagi, that means xde sape yang pernah pakai lagi n automatik dakwat dia still ada lagi..lagipun kan, kalau korang beli jenama FASTER ni, korang akan bertambah semangat lagi nak belajar, haha dah macam sales promoter pula dah..haha..xpelah, janji dalam hati ada kebun..haha x caye..? gambar 3, masuk menghadap pula..


tengok gambar ni, amati betul2..kalau boleh, masukkan terus kepala korang dalam kom/lappy/hp korang tu..kehkeh..xdelah..kat setiap pen ada 3 corak yang berbeza..cuba baca tulisan kat badan pen tu..
ok2..x nampak xpe, jangan hentak2 kaki ya, x elok..*alamak, sorok muka dalam bantal kalau xde sapa yang hentak kaki..hehe..meh saya citer ya..*keluarkan muka balik..tiga corak ni means ada tiga kata2 semangat yang berbeza..

1) university, here I come! *wah23..gitu..
2) always aim high! *siap ada gambar mahkota lagi, cantik!!
3) cintai warisan kita (ada tulisan rumi dan jawi) *bangga jadi anak org melayu..

ececeh, kan..? semangat pula pen ni, tuan dia x semangat pun..
tapi siyes, pen ni sedap kot pakai..laju je bila tulis..smooth n steady gitu..haha..


okay lah dear, tajuk ini sampai sini saje..dah xde story sebenarnya..rasa tu jelah kot story pasal persiapan yang x jadi ni..nanti taip panjang2, takut berubah hati pula..lalalalala..ok jumpa lagi ya, salam..8 )


p/s : FASTER, banyak ni saya dah puji, xde imbuhan apa2 ke..haha..*kenyit mata sikit..then lari laju2 takut kena kejar..kihkih..

.jom rawat mata dgn al-Quran

السلام عليكم..

entry kalini, saya nak ajak pembaca semua menggunakan alternatif rawatan dpd al-Quran..ia sesuai kepada sesiapa yang berkaca mata dan yang mempunyai penyakit berkaitan dengan mata..in shaa Allah, jika kita berusaha, Allah akan tolong kita..sandarkan pada Allah setelah segala usaha sudah kita lakukan..^^


2 kaedah berbeza (boleh cuba salah satu) :

a) ambil sebatang "baby carrot", jangan potong/rebus/masak..
      - baca 14x doa yang berwarna kuning di atas ini pada carrot tersebut..

b) amalkan selawat syifa' di bawah ini..
   - ketika sampai ayat yang digariskan, baca 7x dan sapukan pada mata..




alternatif ni saya dpt daripada Ustaz Sharhan dan blog Iqah @ Sya

"pesan Ustaz Sharhan, bila berdoa ni, jangan terlalu mengharapkan kesembuhan,
biarlah itu menjadi yang terakhir sekali..
seeloknya niatlah bahawa doa yang kita baca tu bertujuan untuk mendekatkan diri kita kepada Allah,
dan mengadu kepada Allah atas segala sesuatu, sekaligus berharap Allah memberi kesembuhan kepada penyakit kita..
TAPI,
Jika kita sudah banyak kali berdoa, tapi x juga dimakbulkan,
ustaz suruh kita cek balik bagaimana hubungan kita dengan Allah swt.."

semoga bermanfaat..^^

nota limpa : sila bertapak di bog Iqah @ Sya untuk lebih maklumat mengenai rawatan untuk penyakit2 lain seperti senggugut, haid yang x menentu, menceraikan manusia dan jin, sakit kepala, cepatkan jodoh, keluarkan susuk, kanser/barah dll.. 

sekian, terima kasih..8 )

21 June 2012

.matlamat hidup tersangatlah penting


السلام عليكم..

sihat x..? alhamdulillah korang sihat ya..kalau sakit pun, say alhamdulillah aidon (juga), sebab sakit ni kafarah (penghapus) dosa tau..untung sape yang sakit kan..8 )
seronok berkampung di sini

walaweh..dah bersarang labah-labah, tarantula n sedara2 dia dalam blog ni..o seronok ya korang berkampung kat sini *sambil cekak pinggang..shuhh shuhh..main jauh2..haha..*sorry guys, bercakap ngan haiwan x gila, cuma kita je x leh dengar apa yang dia kata..lalalalala..8 )

3 bulan dah x update story..tulah jadinya..padahal citer berlambak2, cuma sejak habis SPM ni jadi malas pula nak menaip and menulis..so, bila dah nak start menaip ni, ni ni tengah taip ni, tiba2 otak jadi blank nak story apa..tu yang bagi muqaddimah berjela2 ni..ceh nak cakap membebel sebenarnya..ha tengok, x habis lagi ni..haha..jangan marah ya, nanti kena jual..ok2, kita start lepas dapat result SPM ya..

cewwwah..basmalah dulu ya..8 )

orang kata life after SPM ni adalah life yang gila enjoy, gila best, gila happening, ceh kalau boleh semua gila dia nak sebut..haha..pokoknya daunnya rantingnya, semua yang baik2 lah life after SPM ni kan..but to me, it's 30-70..30 for good and 70 for miserable..before we get our result, life is so happy and free to do anything, free to hangout with friends and bla bla bla..but when we get the result, arghh it's too worse, too horrible, too terrible..even yang dapat result ok pun rasa macam ni..aik, kenapa pula..? see, jawapannya mudah je..sebab kita x ada hala tuju dan matlamat yang jitu lagi tepat untuk melangkah ke fasa seterusnya..akhirnya, terkontang-kanting nak gi mana..

pengakuan yang x bape nak ikhlas : saya sanggup kembali ke zaman persekolahan semula dpd menjalani kehidupan selepas SPM..!!

orang waras : mana boleh der..life must go on..!! 

-.- aneh2 je lah..

macam saya..saya x tahu nak pergi mana lepas result berada di tangan..
time PMR dulu, saya berangan nak jadi pensyarah bahasa arab..
ok pastu time SPM, saya amek aliran akaun+agama..bila belajar akaun, rasa minat pula nak jadi akauntan in Islamic Banking..xpun nak buka business sendiri..seronok bila dah plan macam2..akhirnya saya x tahu nak pilih yang mana..then, saya pun buat keputusan macam ni, kalau result agama ok, saya nak jadi pensyarah bahasa arab ; kalau result akaun pula ok, saya nak amek Islamic Banking..haha..sudahnya diri sendiri terjerat dalam keputusan yang dibuat..sebab result SPM seimbang..

xpelah, lepas dah pening2 sampai demam2 nak buat keputusan, saya fikir macam ni pula, ok kita tengok result UPU (unit pengambilan universiti) dulu..kahkah..sudahnya, alhamdulillah dapat first choice iaitu UIA (Asasi Ekonomi dan Sains Pengurusan) and matriks N9 (Akaun)..haha..dua2 akaun..tiba2 akal jahat kata, ish rugilah dah belajar arab tapi xnak sambung arab..haha..kalau macam tu, baik ko letak je time isi borang UPU tu, asasi bahasa arab ataupun asasi ilmu wahyu dan pengajian Islam je..tapi, emmm tatatatatapppiiiiii nanti rugilah akaun dah belajar..haha..gila arh..sumpah tension yang amat..harap korang x tension baca entry ni..*kelip mata laju2 tanda minta simpati..

then tiba2 teringat, suami cikgu saya ada buat penghantaran pelajar ke Mesir dalam bidang medic, farmasi, pergigian n Ulum Islamiah..hehe, akal baik saya kata, y not kita try Ulum Islamiah..bidang2 yang kita belajar dalam ni meliputi semua aspek..akaun ada (muamalat) and arab dah tentu2nya ada..hoho..tapi satu je masalah dia..x boleh dapat biasiswa sebab kerajaan x hantar bidang ulum islamiah ni ke mesir..diorang just amek budak2 medic, farmasi n pergigian je..ya Allah, memang susah nak dapat..MARA ngan JPA dah panjat tapi x dapat juga..ARB pula dah x hantar start tahun ni !!

so, seiring waktu berjalan kemudian berlari then bila penat dia berjoging, akhirnya saya tolak UIA yang ada biasiswa dan pilih Al-Azhar yang xde biasiswa..sebabnya still sama, xde hala tuju yang betul..at least amek ulum islamiah ni dia terus ijazah..so bila kerja kita ada kepakaran dalam banyak bidang dalam umur yang masih muda..ting tong..

biasiswa x dapat, akhirnya saya pergi ke maiwp (majlis agama Islam wilayah persekutuan) untuk apply zakat..alhamdulillah, bertuahnya jantung sebab kes saya ni boleh apply tiga bantuan..bantuan persediaan IPT, bantuan pelajaran bila dah kesana, n tiket kapal terbang free of charge..biasiswa ARB or apa2 biasiswa boleh apply time tahun kedua nanti asalkan result ok..in sya Allah, saya akan berusaha lebih keras..

sekarang ni tengah sibuk uruskan barang2 keperluan untuk ke mesir..siapkan fizikal dan mental juga..oh, lupa nak citer, saya pergi under Islamic Medic n flight 4Sept ni..in sya Allah, raya ke-17 kalau x silap..hoho..raya pun x habis lagi *sapu air mata pakai lengan baju..

semoga segala urusan saya dan kawan2 di sana nanti dipermudahkan Allah swt..
begitu juga untuk antum, the loyal readers..Allahumma amin..^^