02 February 2013

.kun fayakun

assalamualaikum..
kun fayakun ; jika Allah kata jadi, maka jadilah ia..
------------------------------------
jam 0604, di rumah sewa mesir..

pap pap pap ! bunyi di pintu memecah keheningan suasana..
terjaga dari tidur yang lena..subuh di sini pukul 3 lebih..
bunyi bising pukul 6 lebih..anda rasa kami sedang buat apa pada waktu ni ?
ofcoslah sedang membuta hehehe..

barangkali housemate ada masalah dgn pintu bilik mereka..
ia agak sukar untuk buka dari dalam jika pintu ditutup rapat..
beberapa minit berlalu, bunyi tersebut masih kedengaran..
semakin kuattt..pap !! pap !! pap !!
haihhh, lain macam je..memberanikan langkah untuk keluar dari bilik melihat apa sebenarnya yg berlaku..
anehh, senyap sahaja bilik mereka..
masing-masing diselubungi selimut tebal musim winter..
siapakah gerangan yang membuat bising pagi-pagi begini ?

pap papp pappp, makin kuat kedengaran..
bunyi daripada pintu utama..
siapakah yang cuba membuka pintu utama ?
teringat pula ada rakan serumah yang selalu keluar pagi-pagi..
barangkali dia baru pulang dan terlupa bawa kunci rumah..
keberangkalian yang penuh misteri..

tak sedap hati, berjalan ke arah pintu utama, tinjau di lubang pintu..
Ya Allah, dia bukan rakan serumahku !
dalam kegelapan suasana membuatkan saya tak dapat cam betul siapakah dia..
yang pastinya dia bukan housemate saya..
dia lelaki ! berambut pendek..
bersungguh-sungguh betul dia untuk buka pintu !!

memang saya tak fikir apa masatu..bila dia tolak pintu kedepan..saya tolak kebelakang..
eh eh, main tolak-tolak pula kami..

tapi dia senyap (means x perasan kot) dan terus cuba lagi untuk buka pintu..
aneh !! xkan dia x dengar saya main tolak-tolak pintu dgn dia..LOL..

last trial dia semakin kuat dan dia berjaya kopak pintu tersebut dan hampir-hampir saje terbuka pintu..
Alhamdulillah, mujur ada selak pintu yang masih ketat dikunci jadi penyelamat di bahagian bawah pintu..

oh mahu pecah masuk ya ! pintu tersebut saya terus tolak kuat-kuat dan spontan terkeluar "WOIIIII"..
dapat rasakan dia sangat terkejut dan lintang pukang dia lari..

housemate lantas dikejutkan dpd lena yang panjang..
almaklumlah, musim winter memang best tidur sampai tak sedar ada orang nak pecah masuk..

cerita punya cerita, ada rupanya housemate yang dengar..
housemate kata orang tu ketuk pintu dulu sebelum tu..
housemate dengar dan dia biarkan,
memang kami akan biarkan kalau ada orang ketuk pintu rumah terutamanya waktu cenggini..
lagipun ruang tamu gelap, selalunya lampu akan kami buka pada waktu malam tapi rosak pula malam tu..
mungkin dia fikir tiada orang di rumah..teringat pula senior-senior pernah cakap, kebiasaannya lepas subuh mmg aktiviti pecah masuk rumah kerap berlaku sebab masa tu, orang Arab Mesir memang akan tidur lepas Subuh..

teringat kejadian main tolak-tolak pintu dengan dia..LOL, baru tersedar itu agak melawakkan..adeke yang pernah buat ? hehe..mungkin dia x perasan saya tolak pintu sebab mungkin dia rasa itu tindak balas pintu masa dia duk mengopak kot..hee..lawak lawak..

selama ni duk dengar org citer..sekarang ni Allah bagi experience sendiri..
tulah kan, bila Allah nak kata jadi, maka jadilah ia..

senior bagi cadangan pindah rumah sebab mmg dah terkopak habis dah pintu tu dan ada kemungkinan dia akan datang lagi sebab dia dah tahu senang nak buka tapi xpelah, kami just tambahkan selak baru yang mmg khas untuk pintu arab..in shaa Allah fi amanillah ^^

No comments:

Post a Comment