09 January 2013

.kisah antara dua benua


assalamualaikum..

berpisah jasad x bererti hati kita juga terpisah..
doa dan salam sering saja berutusan..
skype, viber, fb, blog, twitter wadah perutusan..
sangat rugi jika x dimanfaatkan..
walaupun kekadang tersekat sana tersekat sini (line)..
dugaan buat insan terhebat..
inilah kisah antara dua benua..
benua asia dan benua afrika..
………………………………………………..

tettt tettt tettttttttttttttt..wkwkwkwkwk..dah macam nak buat novel lah pulok..hehe..bukan2..^^

entry kalini just nak share something..

dulu, saya sangat berkeras untuk TIDAK dan TAKNAK masuk asrama..
bagi saya asrama ni macam penjara..ceh, alasan semata2..(x betul pun padahal takut @#$% ) ^^

bukan apa, ha xpe2, saya bagi alasan yang lebih kukuh sikit..hee.

satu, belajar senang (xde gangguan kawan2)..perghh, confident je dia tulis..hmm, nampak macam kejam kan..ya, memang kejam sebab memang tahu pun kalau ada kawan kat sebelah, x boleh fokus (belajar fully) punya..memanglah, ada je kawan yang memang suka belajar tapi at the end of the minute, akan sembang punyalah..huhh, kang x layan sakit hatilah hapelah..kalau dah focus study tu, org lain langsung x kan dilayan..itulah saya..so, better duk rumah..^^

dua, sebab dapat dekat ngan mak abahhhh..wuuuuu anak first ni pun manja gak rupanya..assalamualaikum, nak citer ni, hehe..adalah kajian mana ntah mengatakan "anak sulung lebih manja dpd anak bongsu" tau (tolonglah baca dgn nada yang sama dlm iklan "otak burung unta lbh kecik dpd matanya")..peaceee..betul23..saya sokong kajian ni..^^

tiga, sebab kebanyakan (ke-ba-nya-kan), x kata semua, yang duk asrama ni akan hilang fokus kat dalam kelas..mudah rasa ngantuk dan akhirnya otak x boleh terima ilmu baru..bila ditanya, ada yang kata sembang sampai tgh malam, tgk movie ngan roommate, dan etc etc..aduh, diri ini memang x tahan dgn godaan..lebih baik "mencegah" dpd "merawat"..tetibe~~

empat, sebab tengok muka mak abah ni dapat pahala.. ruginyaaa golongan yang xnak manfaatkan peluang ni..bila tengok keringat mereka, usaha mereka untuk mencari rezeki yang halal demi membesarkan kami adik-beradik, makin bersemangat dibuatnya..semangat apa..? semangat untuk bawa pulang kejayaan..!! semangat apa..? semangat untuk bawa pulang kejayaan..!! haish, ingat senang ke nak cari duit demi sesuap nasi..(ayat drama kat tv)..susah, dah pernah try..penatnyaaaa..tahan 2 minggu je..=.=

sahabat2, jangan pernah lupa ya, ingat ni..ingat ni..ada 4 perkara bila dipandang akan mendapat ganjaran dpd Allah..siapa dia..?
1. wajah ibu bapa
2. Al-quran
3. Lautan
4. Ka'abah

daripada Aisyah bahawa Rasulullah -saw-bersabda: "melihat pada tiga perkara adalah ibadah..melihat wajah ibu bapa, melihat al-Quran dan melihat lautan." [Riwayat Abu Nuaim] dan ditambah dengan "melihat ka'abah." [Riwayat Abu Daud]

mudahnya Allah memberikan ganjaran pahala kepada makhluknya..tapi x semudah yang kita fikirkan sebenarnya..


~ cube check gambar apa yang di paparkan di meja study? masuk bilik terus nampak..?
~ cube check gambar apa yang di simpan dalam purse? bukak je terus terpampang..?
~ cube check gambar apa yang di buat wallpaper handfon dan laptop? tengok je,terus senyum..?

muhasabah jap..^^

----------------------------------------------------------------------------------------------------------

ini semua citer dulu..cerita ketika saya di benua asia..
tapi kini, saya di benua afrika..
saya perlu berpijak di bumi realiti..!!
mana perginya alasan2 dulu yang kononnya x nak berjauhan dgn ibu bapa dan bla bla..?

nak x nak, saya kena pandai kawal emosi, pandai jaga itu, pandai jaga ini..
bila dah duduk berjauhan ni, kadang-kala (eceh! kadang kala lah sangat! selalu kot ^^), terbit juga rasa malas di hati..malas nak study..ya Allah ya Allah..jauhkanlah aku dpd sifat malas ni ya Allah..nape jadi macam ni..? huaaaaaaaa..

kena baca doa ni banyak2..moga Allah hindarkan sifat malas..



mungkin bila berjauhan, hati saling merindui..sampai akal dan otak pun jadi x boleh fokus..acewahh..banyaklah kau..!! 


suatu hari cakap kat mak melalui "viber"..mak terkejut kenapa boleh ada rasa malas nak belajar sedangkan dulu balik sekolah je dengan x makannya dan x mandinya terus buka buku..=.=   entahlah, hanya mampu tersengih je bila mak tanya macam tu..tiba2 tersedar, diri telah buat mak rasa risau sebab mak berjauhan dan x boleh pantau..Allah, maafkan aku..terus, terbit kekuatan untuk ubah sikap..besoknya, lepas buat itu buat ini, terus menelaah buku..sebelum buat entry ni, saya baca balik entry tentang perjalanan hidup sebagai seorang pelajar yang telah dikongsikan sebelum ni..semangat terus membakar2 dan menjulang2 tinggi..Alhamdulillah atas kekuatan ni ya Allah..^^ here's the link, hope will motivate u guys 2, in sya Allah amin..^^ ---> my journey as a student


hmm..nak balik Malaysia ke tahun ni..? baru sampai kot..xkan nak balik..hehe..kepoyoan di situ..bila berjauhan dgn family ni, memang x dinafikan banyak masalah timbul terutamanya melibatkan kawan2..hmm, mungkin ni salah satu sebab pasai pa saya x mau duk asrama..kalau kat rumah, xde sapa nak terasa sebab kita adik-beradik semua satu kepala..tapi xpelah, tajdid niat balik..tajdid niat..malas lah nak fikir..datang sini nak belajar..biaq pi lah kalau ada yang dengki tu..just say thank to Allah with this "ujian"..bukankah Allah ada berfirman :


"apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan "kami telah beriman" dan mereka x diuji?" [al-'Ankabut:2]

"...dan sampaikanlah khabar gembira kpd orang2 yang sabar, (iaitu) orang2 yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata sesungguhnya kami milik Allah dan kepadaNyalah kami kembali". [al-Baqarah:155-156]

Ha, Allah dah kata dah macam tu..Allah tahu kita mampu tempuhi onak duri, jadi Allah bagilah kita ujian..sweetnya Allah..teringat video “mrtheallshared” tajuk “cweetnya Allah tat titew”..Allah memang sweet..sweet sangat..so, instead of complaining, say Alhamdulillah, Allah bagi aku ujian..^^




12hb exam..haha (asal aku gelak??)..moga Allah berkati ilmu yang dipinjamkan kpdku..doakan saya..syukran  wa assalamualaikum..

p/s: banyak dugaan type entry ni..entah ke berapa kalinya saya ulang taip untuk entry ni saje..sebab time nak upload gambar, line xde and tersekat..habis ayat2 yang belana x dapat autosave..xpe2..Alhamdulillah, Allah bagi aku ujian..^^




No comments:

Post a Comment